Program Jom Ke Sekolah ringankan beban keluarga pelajar kurang berkemampuan

Iklan
Ahmad Farhan bergambar bersama ibu bapa dan penerima pada Program Jom Kembali Ke Sekolah 2026 di di Dewan Atabara di sini, Sabtu lalu.

KUANTAN - Nasib keluarga kurang berkemampuan di negeri ini mendapat perhatian Pusat Komuniti MADANI Indera Mahkota melalui penganjuran Program Jom Ke Sekolah 2026, Sabtu lalu.

Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi berkata, program itu digerakkan secara menyeluruh di seluruh Pahang bagi membantu keluarga memerlukan membuat persiapan awal persekolahan anak masing-masing.

Iklan
Iklan

Menurutnya, program melalui kerjasama strategik Yayasan Bank Rakyat, Yayasan Taqwa-MAIWP dan Persatuan Alumni Sekolah Kebangsaan Aminuddin Baki itu sebagai komitmen berterusan dalam menyokong kebajikan pendidikan anak-anak di negeri ini.

"Sebanyak 800 set kelengkapan sekolah dengan nilai keseluruhan RM160,000 telah disalurkan kepada murid-murid yang memerlukan pada program ini yang diadakan di Dewan Atabara di sini, Sabtu lalu.

Iklan

"Alhamdulillah, inisiatif ini telah memberi manfaat kepada 800 penerimam elibatkan murid tahun satu hingga tingkatan daripada kalangan asnaf, fakir miskin dan keluarga berpendapatan rendah dari Parlimen Indera Mahkota,"katanya melalui kenyataan pada Isnin.

Ahmad Farhan yang juga Ketua Cabang Keadilan Indera Mahkota berkata, usaha itu tidak terhenti di Indera Mahkota semata-mata, malah turut diperluaskan ke seluruh Parlimen di negeri ini.

Iklan

Menurutnya, 100 baucar set kelengkapan sekolah disediakan bagi setiap parlimen di negeri ini dengan peruntukkan keseluruhan sumbangan RM150,000.

Katanya, pendekatan menyeluruh itu mencerminkan hasrat untuk memastikan tiada anak Pahang tercicir persekolahan hanya disebabkan kekangan kewangan.

"Program ini bukan sahaja membantu meringankan beban ibu bapa malah menjadi antara langkah proaktif dalam memperkukuh akses pendidikan dan mengurangkan risiko keciciran pelajaran khususnya di Indera Mahkota dan amnya di seluruh negeri Pahang," katanya.

Sementara itu, beliau turut merakam penghargaan kepada ibu bapa yang hadir dengan penuh komitmen dan sokongan apabila ada yang hadir seawal pagi bagi memeriahkan program itu.

"Sokongan dan keprihatinan semuamenjadi pemangkin kejayaan usaha ini. Terima kasih atas kepercayaan dan kebersamaan yang ditunjukkan," ujarnya.