Tonto: Pencabar undang-undang yang perlu dihapuskan

Iklan
Bukan sahaja mencetuskan provokasi malah kumpulan samseng ini mengugut anggota JPJ seolah-olah mereka ini mencabar undang-undang. Gambar hiasan

GERAM sungguh Merak Jalanan dengan tindakan kurang ajar sekumpulan tonto terhadap anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang melakukan operasi pematuhan jalan raya di Putrajaya baru-baru ini.

Bukan sahaja mencetuskan provokasi malah kumpulan samseng ini mengugut anggota JPJ seolah-olah mereka ini mencabar undang-undang.

Iklan
Iklan

Sudahlah tidak hormat penguat kuasa, sistem kedudukan global (GPS) dimatikan dan tayar lori dipancitkan tonto-tonto ini.

Mereka ini tidak takut undang-undang ke? Atau merasakan diri mereka 'kebal'? Mujur polis cepat bertindak dengan menahan tiga individu termasuk pemilik kenderaan lori.

Iklan

Ini baru satu kes, ada lagi banyak kes yang berlaku. Contohnya sidang akhbar Pengarah Kanan Penguat Kuasa JPJ, Muhammad Kifli Ma Hassan yang mendedahkan anggotanya dikepung lapan orang tonto yang diupah syarikat lori selepas menahan sebuah lori dipandu warga asing membawa muatan batu melebihi had di Rawang, Selangor.

Merak Jalanan melihat isu ini antara tentangan yang perlu dihadapi JPJ dalam menjalankan penguatkuasaan.

Iklan

Isu samseng sebegini bukan perkara baharu, sudah lama berlaku dan perlu diambil perhatian serius oleh pihak berkuasa sebaiknya.

Sudah jelas, bagi Merak Jalanan, JPJ bukan hendak menyusahkan pemandu tetapi mahu memastikan keselamatan pengguna jalan raya lain. Kes kemalangan babit kenderaan berat perlu dipandang serius.

Merak Jalanan sokong tindakan JPJ membuat pelbagai siri operasi melibatkan kenderaan berat, motosikal, pemandu warga asing, bas dan Pemeriksaan dan Audit Keselamatan (JISA).

Kalau boleh, Merak Jalanan mahu pihak berkuasa adakan operasi besar-besaran, mengenal pasti dan memburu tonto-tonto ini pula. Mereka ini barah yang perlu dihapuskan!