Pilih anak kampung atau anak orang kaya?

Iklan
Anak orang berkemampuan dilihat lebih banyak menikmati kemudahan tambahan disediakan ibu bapa mereka. Foto hiasan

JIKA diberikan peluang untuk memilih staf dalam sesi temuduga bagi mengisi sesuatu kekosongan jawatan dalam organisasi anda, apakah ciri-ciri atau soalan utama yang akan anda tanyakan kepada calon yang bakal dipilih nanti?

Adakah kelayakan semasa, pengalaman, latar belakang pendidikan, graduan dari institusi dalam atau luar negara yang menjadi pilihan utama anda? Tidak kurang juga ada yang akan melihat kepada latar belakang keluarga.

Iklan
Iklan

Merak Jalanan ada terbaca tulisan seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah syarikat berkaitan kerajaan mengatakan beliau lebih berminat untuk mengambil pekerja daripada keluarga yang kurang berkemampuan dan luar bandar kerana mereka lebih teruji dengan perjalanan hidup sebelum ini.

Mereka ini susah, andainya mereka dari luar bandar dah semestinya bersusah-payah untuk berjaya sampai ke peringkat tertinggi seperti hari ini untuk mengejar cita-cita. Kumpulan graduan seperti ini dilihat akan lebih kreatif dan kritis.

Iklan

Manakala bagi mereka yang berada di bandar atau anak orang berkemampuan, kumpulan seperti ini lebih banyak menikmati kemudahan tambahan yang disediakan ibu bapa untuk melahirkan kejayaan anak-anak.

Mungkin juga ada benar kata-kata CEO itu, tetapi bukanlah semestinya pilihan tepat kerana perjalanan kehidupan seseorang itu masih panjang dan berilah mereka peluang untuk belajar dengan mendalam.

Iklan

Adalah tidak wajar juga sekiranya anak orang kaya atau anak bandar diketepikan dengan penilaian yang sedemikian, sebaliknya bagilah kepercayaan.

Bagi Merak Jalanan, bukannya anak siapa menjadi subjek untuk dinilai, sebaliknya bagilah juga mereka peluang. Apabila peluang diberikan mereka perlu lebih cepat belajar untuk memastikan kepercayaan itu terbukti boleh buat.