Asyik pusingan U, bila sistem pendidikan hendak maju?

Iklan
Mengukur kejayaan hanya melalui slip peperiksaan adalah pendekatan usang yang tidak seiring keperluan masa depan. Foto hiasan

DALAM negara yang sering melaungkan slogan 'pendidikan bertaraf dunia', langkah ke belakang adalah 'dosa' paling besar.

Malangnya, isu mengembalikan UPSR dan PT3 seolah-olah mencerminkan tabiat buruk lama. Bila tertekan, kita buat pusingan U. Sedangkan sistem pendidikan bukan litar perlumbaan, ia medan pembinaan manusia.

Iklan
Iklan

Bagi Merak Jalanan, soalnya mudah. Jika sesuatu sistem baharu belum sempurna, adakah jawapannya kita perlu kembali kepada sistem lama?

Ibarat memakai telefon pintar berteknologi 5G, adakah kita perlu berpatah balik kepada 4G hanya disebabkan masalah teknikal?

Iklan

Hakikatnya, Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) masih muda, belum matang sepenuhnya dan wajar ditegur serta diperbaiki, bukan terus dihukum mati.

Pandangan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) wajar diberi perhatian serius. Presiden NUTP, Aminuddin Awang mengingatkan PBS masih dalam fasa pemantapan dan hasilnya belum dapat dinilai.

Iklan

Jika ada kelemahan, tambah baiklah. Jangan dirombak sesuka hati oleh mereka yang bukan pakar pendidikan.

Lebih penting, dunia hari ini tidak lagi mengagungkan pelajar yang cemerlang menghafal buku teks semata-mata. Pendidikan moden menilai keupayaan berfikir, berinovasi, berkomunikasi dan berinteraksi secara matang.

Mengukur kejayaan hanya melalui slip peperiksaan adalah pendekatan usang yang tidak seiring keperluan masa depan.

Merak Jalanan melihat isu ini bukan sekadar soal peperiksaan, tetapi soal keberanian membuat keputusan jangka panjang.

Jika asyik berpusing U, bila masa kita nak sampai destinasi?