PONTIAN – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukup, Jamilah Endan meninggal dunia di Hospital Pontian di sini, petang Isnin.
Allahyarhamah yang berusia 81 tahun menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.50 petang akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
Iklan
Iklan
Anaknya, Norazrin Amir Hamzah berkata, ibunya dimasukkan ke hospital sejak 3 Mei lalu.
Jamilah merupakan ADUN Kukup selama dua penggal dari 1999 hingga 2008, dan juga ibu kepada pembaca berita TV3, Norintan Ezreena.
Jenazah akan dibawa pulang ke kediamannya di Kampung Rambah dan dikebumikan di Wakaf Masjid Jamek Kampung Rambah.