Penduduk Desa Makmur bantah kewujudan tapak pelupusan sampah haram
Iklan
Sebahagian penduduk menyatakan bantahan terhadap kewujudan tapak pelupusan sampah haram tersebut di kawasan berkenaan.
KOTA TINGGI – Penduduk Kampung Desa Makmur di sini membantah keras kewujudan sebuah tapak pelupusan sampah yang didakwa beroperasi tanpa kelulusan kerajaan sejak beberapa tahun lalu.
Wakil penduduk, Juffri Juraimee, 73, berkata, tapak pelupusan itu terletak hanya 300 meter dari kawasan penempatan dan bersebelahan tanah kerajaan seluas kira-kira 2.02 hektar di Kampung Semangar.
Iklan
Iklan
Menurutnya, lebih membimbangkan apabila tapak itu turut menerima sisa buangan dari luar daerah seperti Kluang dan Simpang Renggam.
Juffri
"Lebih menyedihkan, tapak ini beroperasi tanpa sebarang kelulusan rasmi daripada pihak berkuasa. Penduduk tidak pernah bersetuju kerana ia tidak diwartakan sebagai lokasi pelupusan.
Iklan
"Namun mengapa ia masih beroperasi seperti biasa? Kami kini berdepan pencemaran bau, kehadiran lalat serta gangguan lori-lori sampah keluar masuk setiap hari,” katanya kepada pemberita pada Khamis.
Beliau berkata demikian selepas menyerahkan memorandum bantahan kepada Pejabat Menteri Besar Johor.
Iklan
Dalam pada itu, Juffri turut mempersoalkan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang didakwa membenarkan kemasukan lori sampah dari luar daerah tanpa memikirkan kesan kepada kesihatan penduduk dan alam sekitar.
Pintu masuk ke kawasan tapak pelupusan sampah berkenaan.
"Penduduk menuntut tapak ini ditutup serta-merta dan semua operasi dialihkan ke lokasi yang lebih sesuai dan jauh dari kawasan penempatan,” ujarnya.
Jelasnya, aduan telah dikemukakan beberapa kali kepada pihak berkuasa termasuk Majlis Daerah Kota Tinggi, Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Kerja Raya, namun sehingga kini tiada tindakan sewajarnya diambil.
"Kami juga mahu SPRM siasat. Bagaimana urusan ini boleh berlaku? Adakah wujud unsur rasuah? Adakah kos pelupusan di sini lebih murah berbanding di tapak sah di Selong, hingga kampung kami dijadikan mangsa?
"Kami bukan menolak pembangunan. Tetapi bukan dengan cara yang mengorbankan kesihatan, keselamatan dan maruah penduduk demi kepentingan pihak tertentu,” katanya tegas.
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.