BEIJING - China telah memberikan pengecualian kadar tarif 125 peratus ke atas barangan import Amerika Syarikat (AS) selepas kedua-dua negara ekonomi terbesar di dunia itu saling melancarkan cukai timbal balik hingga menggoncang pasaran global.
Senarai 131 kategori produk yang didakwa sedang dipertimbangkan di bawah langkah itu turut tersebar secara meluas di platform media sosial di Beijing, kumpulan perniagaan dan dagangan pada Jumaat.
Iklan
Iklan
Pasukan Petugas Kementerian Perdagangan China dilaporkan sedang mengumpulkan senarai item dan meminta syarikat berkaitan mengemukakan permohonan masing-masing.
Langkah tersebut dibuat selepas kementerian itu mengadakan mesyuarat bersama lebih 80 syarikat asing dan dewan perniagaan di Beijing bagi membincangkan tentang impak tarif AS ke atas pelaburan dan operasi firma berkenaan di negara berkenaan.
Ketua Eksekutif pembuat enjin pesawat Perancis, Safran turut mengesahkan mereka sudah dimaklumkan tentang khabar gembira tersebut yang akan mengecualikan beberapa peralatan aeroangkasa termasuk enjin dan gear pendaratan daripada dikenakan levi tinggi. - Agensi