Pemenang Anugerah Oscar, Hamdan Ballal jadi mangsa terbaru kekejaman Israel

Iklan
Hamdan Ballal, didakwa diserang dan ditangkap oleh sekumpulan askar penceroboh rejim Zionis Israel di perkampungan Masafer Yatta, selatan Hebron pada Isnin - Foto: Agensi

RAMALLAH, TEBING BARAT – Pengarah dokumentari No Other Land dan pemenang Anugerah Oscar, warga Palestin Hamdan Ballal, didakwa diserang dan ditangkap oleh sekumpulan askar penceroboh rejim Zionis Israel di perkampungan Masafer Yatta, selatan Hebron pada Isnin.

Berita penahanannya dikongsi oleh rakan sekerja Ballal, pengarah Yuval Abraham, di laman X pada Isnin.

Iklan
Iklan

Abraham berkata, tiada maklumat sama ada Ballal menerima rawatan perubatan bagi kecederaan di kepala dan perutnya.

"Mereka memukulnya dan dia mengalami luka di kepala serta perut, berdarah.

Iklan

"Askar Israel menyerbu ambulans yang dipanggilnya dan membawanya. Sejak itu, tiada tanda-tanda keberadaannya," jelasnya.

Menerusi media sosialnya, Abraham turut memuat naik rakaman video yang menunjukkan peneroka Israel menyerang perkampungan Hamdan, membaling batu ke arah aktivis Yahudi Amerika dan menyebabkan kerosakan pada kenderaan mereka.

Iklan

Menurut aktivis dari Center for Jewish Nonviolence, sekumpulan 10 hingga 20 askar penceroboh rejim Zionis Israel menyerang mereka dan Hamdan di perkampungan Palestin Susiya, kawasan Masafer Yatta, selatan Hebron.

"Kami tidak tahu di mana Hamdan kerana dia telah dibawa pergi dengan mata tertutup," kata Josh Kimelman, salah seorang aktivis kepada Associated Press. - Agensi