Ibu berkerusi roda gigih bawa empat anak OKU beli baju raya
Iklan
Nik Izani (dua, kiri) membantu memilih pakaian baharu anak-anak Siti Rubiah (berkerusi roda).
KOTA BHARU - Seorang ibu tunggal yang berkerusi roda sanggup menggagahkan diri membawa enam anak, termasuk empat daripadanya orang kurang upaya (OKU), menaiki kenderaan e-hailing untuk membeli kelengkapan Hari Raya Aidilfitri di sebuah pusat beli-belah di sini.
Siti Rubiah Mohamad, 50, mengalami patah kaki kiri dan terpaksa menjalani pembedahan di bahagian lutut akibat kemalangan jalan raya awal Januari lalu.
Iklan
Iklan
Ibu kepada lapan anak itu ketika ditemui, bagaimanapun bersyukur kerana kesemua anaknya tidak mempunyai masalah dan boleh berdikari dengan dibantu oleh dua lagi anak yang normal.
"Walaupun saya tidak mampu berdiri dalam tempoh lama tetapi tetap mahu menemani anak-anak kerana memahami keseronokan mereka membeli pakaian baharu untuk hari raya," katanya.
Iklan
Ahli POKB turut membantu memilih pakaian anak yatim.
Siti Rubiah ditemui ketika Program Penyampaian Sumbangan Pakaian Hari Raya kepada Anak-anak Yatim anjuran bersama Yayasan Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) dan Persatuan Orang Kota Bharu (POKB) pada Sabtu.
Wanita itu turut menggalas tanggungjawab menjaga anak-anak selepas kematian suami, Kamal Arifin Mohamad lebih tujuh tahun lalu akibat serangan jantung.
Iklan
Berkongsi keadaannya yang berkerusi roda, Rubiah memberitahu, kereta yang dipandu terlibat dalam kemalangan dengan ambulans ketika dalam perjalanan pulang mengambil seorang anak perempuan yang sedang belajar di sebuah kolej vokasional di Tanah Merah.
"Lebih menyedihkan seorang lagi anak saya yang berada dalam kenderaan itu meninggal dunia ketika sedang mendapat rawatan di hospital," katanya.
Jelasnya lagi, akibat kemalangan tersebut, sehingga kini dia perlu berulang-alik ke Hospital Raja Perempuan Zainab II dua kali seminggu untuk mencuci luka.
Siti Rubiah yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah kedai makan sudah dua bulan tidak dapat bekerja dan mengharapkan wang pencen suami untuk membeli keperluan harian anak-anak.
"Saya bersyukur kerana ramai rakan yang prihatin memberi sumbangan serta bantuan jika memerlukan," katanya.
Nik Izani (dua, kanan) melihat pakaian baharu yang dibeli penerima sumbangan.
Sementara itu, Presiden POKB, Datuk Nik Izani Nik Ibrahim berkata, seramai 200 anak yatim boleh memilih kelengkapan hari raya pada kadar RM150 seorang.
Beliau memberitahu, sebanyak RM30,000 diperuntukkan tahun ini bertujuan menceriakan anak yatim terpilih dari seluruh negeri.
"Program kali kelima ini diharap dapat membantu ahli keluarga anak yatim untuk membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri," katanya.
Riuh suara nelayan Pantai Sabak yang bergotong-royong menarik perahu kolek ke darat menjadi petanda musim tengkujuh telah tiba, sekali gus menandakan bermulanya tempoh ‘rehat’ mereka daripada mencari rezeki di laut.
Tradisi yang dilakukan setiap tahun itu bertujuan membolehkan kerja membaiki kerosakan, mengecat dan menyelenggara perahu dilaksanakan sebelum mereka kembali turun ke laut.
Artikel:https://www.sinarharian.com.my/article/803598/edisi/kelantan/nelayan-pantai-sabak-tarik-perahu-kolek-ke-darat-tanda-musim-tengkujuh-bermula
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.