Lebih 1,000 pengunjung Karnival Mahabbah dijamu 2 lembu golek juadah berbuka puasa

Iklan
Zaini (kanan) melihat proses memasak lembu golek yang disediakan di Karnival Mahabbah,pada Jumaat.

KEPALA BATAS - Lebih 1,000 pengunjung Karnival Mahabbah di Bertam Square, di sini teruja dapat menikmati hidangan lembu golek berserta nasi tomato talam dalam program Iftar On The Road yang diadakan pada Jumaat.

Penganjur program, Zaini Aboo Hassan berkata, dua ekor lembu golek yang masing-masing seberat 200 kilogram (kg) diberikan secara percuma kepada orang ramai termasuk peniaga di karnival berkenaan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, seramai 10 kru termasuk cef berpengalaman terlibat dalam penyediaan lembu golek istimewa itu yang diperap dengan 24 jenis herba dan rempah ratus sebelum dipanggang secara tradisional.

Orang ramai berbaris bagi mendapatkan hidangan lembu golek yang diedarkan secara percuma.

"Cara masakan ini unik kerana kami menggolek seekor lembu tanpa dipotong bahagian-bahagiannya, sama seperti kambing golek.

Iklan

"Jika tahun lalu kami hidangkan kurma kepala kambing yang mencetuskan keterujaan, tahun ini kami tampil dengan lembu golek, yang saya percaya pertama kali diadakan di Malaysia," katanya ketika ditemui pemberita, di sini pada Jumaat.

Zaini berkata, proses memasak bermula jam 3 petang menghadapi cabaran kerana setiap lembu seberat 200kg.

Iklan

Beliau berkata, idea ini tercetus untuk memberi kejutan kepada pengunjung.

Pengunjung Karnival Mahabbah di Bertam Square menikmati hidangan nasi tomato talam dan daging lembu golek yang diedarkan secara percuma.

"Setiap tahun, mereka akan tertanya-tanya apakah menu berbuka puasa yang unik di karnival ini.

"Kami bersyukur kerana berjaya menyediakan lebih 200 talam makanan, membolehkan lebih 1,000 pengunjung menikmati hidangan ini," ujarnya.

Karnival Mahabbah yang memasuki penganjurannya ke-17 itu disertai lebih 300 usahawan Bumiputera dan dijangka menarik lebih 200,000 pengunjung sepanjang Ramadan.