Insinerator Batu Arang: Suee Lim tarik diri, hormati bantahan JRTI
Iklan
Suee Lim
SABAK BERNAM - Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor, Datuk Ng Suee Lim mengambil keputusan menarik diri daripada mempengerusikan sesi pendengaran Draf Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035 bagi menghormati bantahan yang dikemukakan oleh Jaringan Rawang Tolak Insinerator (JRTI).
Suee Lim berkata, tindakan itu diambil selepas JRTI membangkitkan kebimbangan berhubung peranan beliau sebagai Pengerusi KDEB Waste Management (KDEBWM), iaitu syarikat yang bakal melaksanakan projek Loji Pemprosesan Sisa Pepejal kepada Tenaga (WTE) di Batu Arang.
Iklan
Iklan
Menurut beliau, JRTI sekian lama membantah cadangan pembinaan WTE dan menyuarakan kebimbangan mereka mengenai kemungkinan wujudnya konflik kepentingan.
"Jika mereka (JRTI) rasa terdapat konflik kepentingan, saya sendiri tarik diri sebagai pengerusi bagi memastikan proses ini telus dan tiada prasangka," katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Mangsa Ribut, Masjid dan Surau di Dewan Seri Sekinchan di sini pada Sabtu.
Suee Lim, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, memberitahu bahawa keputusan itu dibuat bagi memastikan sesi pendengaran berjalan secara telus dan adil.
Iklan
"Saya batalkan sesi hari itu dan bersetuju supaya ia dipengerusikan oleh pihak lain bagi mengelakkan sebarang konflik kepentingan,” jelasnya.
Beliau memberitahu bahawa sesi pendengaran akan diteruskan dengan dipengerusikan oleh Exco Perumahan dan Kebudayaan Negeri Selangor, Borhan Aman Shah, seperti yang termaktub dalam Akta 171 (Akta Perancangan Bandar dan Desa).
"Sekiranya beliau tidak dapat hadir, sesi akan dikendalikan oleh Exco Kerajaan Selangor lain yang berkaitan," katanya.
Tambah beliau, sesi pendengaran semula itu dijangka diadakan selepas sambutan Aidilfitri nanti.
"Kerajaan Negeri Selangor sentiasa mengutamakan keterbukaan dan mengambil kira pandangan semua pihak, termasuk NGO dan komuniti," tegas beliau.
Pada 10 Februari lalu, JRTI mencadangkan supaya Suee Lim tidak mempengerusikan sesi pendengaran Draf Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035.
JRTI mencadangkan supaya Suee Lim tidak mempengerusikan sesi berkenaan dengan mendakwa beliau memperlekeh pendapat dan pandangan mereka berhubung isu cadangan pembinaan WTE Batu Arang.
Sebelum ini, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, dilaporkan berkata bahawa kerajaan negeri masih belum memperoleh Kebenaran Merancang (KM) bagi pembangunan insinerator itu dan menegaskan perancangan projek berkenaan perlu dilakukan secara teliti bagi memastikan situasi menang-menang kepada semua pihak.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Khaidzir Shahari berkata, sasaran itu disokong peningkatan 64.8 peratus jumlah pembayar zakat dalam kalangan warga ATM kepada 613 orang setakat Julai tahun ini, berbanding 372 orang pada tahun lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795359/edisi/selangor-kl/zakat-selangor-sasar-kutipan-zakat-rm1-juta-warga-atm-menjelang-2028
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.