Ketumbuhan pecah punca penghuni Pusat Koreksional Perlis maut
Iklan
Penghuni Pusat Koreksional Perlis, Jabatan Penjara Malaysia di Arau yang meninggal dunia Jumaat lepas didapati mempunyai ketumbuhan dalam organ hatinya yang pecah dan menyebabkan pendarahan.
KANGAR - Penghuni Pusat Koreksional Perlis, Jabatan Penjara Malaysia di Arau yang meninggal dunia Jumaat lepas didapati mempunyai ketumbuhan dalam organ hatinya yang pecah dan menyebabkan pendarahan.
Ketua Polis Daerah Arau, Superintenden Ahmad Mohsin Md Rodi berkata, pakar patologi berpendapat punca kematian lelaki berusia 23 tahun itu adalah disebabkan ketumbuhan yang pecah tersebut.
Iklan
Iklan
"Pakar patologi juga berpendapat ketumbuhan yang pecah itu juga tidak mustahil disebabkan lelaki ini jatuh manakala corak kecederaan yang terdapat pada tubuhnya tidak kelihatan seperti satu tindakan penderaan.
"Namun pemeriksaan lanjut diperlukan bagi mengenal pasti jenis ketumbuhan yang pecah tersebut. Sampel ketumbuhan dan DNA (asid deoksiribonukleik) lelaki ini telah dihantar ke Jabatan Kimia Pulau Pinang bagi mendapatkan laporan toksikologi,” katanya dalam kenyataan.
Iklan
Semalam, media melaporkan lelaki yang merupakan tahanan reman bagi kes dadah di bawah Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952 itu meninggal dunia semasa menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini selepas dipercayai terjatuh di bilik air pada 6 Mac lepas. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa hilang ditemukan lemas"><meta itemprop="description" content="Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803922/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sungai-pertak-empat-lagi-mangsa-hilang-ditemukan-lemas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KepalaAir"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T03:35:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/go7Eg1gyf3hgPjnnm/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvcii2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvcii2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvcii2"></script>