Pemandu van tersepit nahas dengan bas pekerja

Iklan
Seorang lelaki cedera apabila van dipandunya terlibat kemalangan dengan sebuah bas pekerja di Jalan Pasir Gudang. Foto BBP Pasir Gudang

PASIR GUDANG - Seorang lelaki cedera apabila van yang dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah bas pekerja di Jalan Pasir Gudang, berhampiran KPJ Pasir Gudang, malam tadi.

Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I Khas Untuk Penyandang (KUP), Haizrul Rahmad dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.44 malam.

Iklan
Iklan

Katanya, satu pasukan keluaran operasi (PKO), melibatkan satu jentera Fire Rescue Tender (FRT-7) dan tujuh anggota bomba dihantar ke lokasi.

Anggota bomba cuba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam van. Foto BBP Pasir Gudang

"Setibanya pasukan kami di tempat kejadian lima minit kemudian, didapati kemalangan melibatkan sebuah van jenis Toyota Hiace dan sebuah bas pekerja jenis Hino.

Iklan

"Terdapat seramai 44 penumpang dalam bas berkenaan, termasuk seorang pemandu warga emas berusia 60 tahun yang dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Namun pemandu van, seorang lelaki berusia lingkungan 50-an, mengalami kecederaan dan tersepit di bahagian pemandu," katanya.

Beliau berkata, PKO kemudiannya menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa sebelum menyerahkannya kepada pasukan perubatan untuk rawatan lanjut.

Iklan

Katanya, operasi berakhir pada jam 9.42 malam, sebelum lokasi diserahkan kepada polis trafik untuk tindakan lanjut.