Akta Perlindungan Pemberi Maklumat perlu segera dipinda - KRPPM-IGAR

Iklan
Syed Ibrahim Syed Noh (tengah).

SHAH ALAM – Kerajaan perlu mempercepatkan proses pindaan terhadap Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) bagi memperkukuhkan dan mewujudkan rangka kerja undang-undang yang menggalakkan ketelusan dan akauntabiliti.

Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) Integriti, Governans dan Anti Rasuah (IGAR) menerusi satu kenyataan bersama menegaskan, pindaan tersebut penting dalam menangani kelemahan dan percanggahan undang-undang yang menghalang keberkesanan akta tersebut.

Iklan
Iklan

"Cadangan ini bukan sekadar pelarasan teknikal terhadap akta tersebut. Pindaan ini adalah sangat kritikal.

"Ini kerana ia akan memperkasa pemberi maklumat untuk melaporkan salah laku kepada agensi penguatkuasaan, tanpa terikat oleh sekatan undang-undang lain, seperti Akta Rahsia Rasmi dan seksyen 203A Kanun Keseksaan sambil memastikan perlindungan yang adil dan berbudi bicara kepada pemberi maklumat yang ikhlas," kata kenyataan itu pada Khamis.

Iklan

Kenyataan bersama itu dibuat Ahli Parlimen Ledang merangkap Pengerusi KRPPM-IGAR, Syed Ibrahim Syed Noh; Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin; Ahli Parlimen Bentong, Young Shefura Othman dan Ahli Parlimen GRS-Batang Sadong, Rodiyah Sapiee.

Turut mengeluarkan kenyataan bersama itu ialah Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Mohammed Taufik Johari; Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong; Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman dan Ahli Parlimen Lubok Antu, Roy Angau Anak Gingkoi.

Iklan

Selain itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Azli Yusof; Ahli Parlimen Tampin, Datuk Mohd Isam Mohd Isa; Ahli Parlimen Jerantut, Khairil Nizam Khiruddin dan Ahli Dewan Negara, Senator Profesor Datuk Seri Dr Awang Sariyan.

Baru-baru ini, Transparency International Malaysia, Rasuah Busters dan Center to Combat Corruption and Cronyism (C4 Center) menerusi kenyataan bersama menyentuh pelbagai isu berkaitan kelemahan Akta 711.

Antara kelemahan utama akta tersebut termasuklah kekaburan pada Seksyen 6 yang perlu dihapuskan dan dipinda.

Pindaan yang dicadangkan ialah meminda Seksyen 11(1)(a) kerana ia secara tidak adil mewajibkan pembatalan perlindungan jika pemberi maklumat didapati terlibat dalam salah laku yang dilaporkan tanpa mengambil kira keadaan di mana mereka bertindak dengan niat baik atau menunjukkan penyesalan yang ikhlas.

Selain itu, Seksyen 11(1)(a) secara tidak adil mewajibkan pembatalan perlindungan jika pemberi maklumat didapati terlibat dalam salah laku yang dilaporkan, tanpa mengambil kira keadaan di mana mereka bertindak dengan niat baik atau menunjukkan penyesalan yang ikhlas.