IPOH - Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) menyediakan talian khas untuk orang ramai membuat aduan berkaitan salah laku tidak menghormati bulan Ramadan.
Bahagian Penguatkuasaan JAIPk menerusi hantaran di Facebook memaklumkan aduan boleh disalurkan dengan menghubungi talian 014-5698896 atau menerusi aplikasi WhatsApp melalui nombor sama.
Iklan
Iklan
"Sebagai usaha menjaga kesucian bulan Ramadan, JAIPk menyediakan talian khas bagi menerima aduan berkaitan salah laku yang tidak menghormati bulan yang mulia ini.
"Aduan boleh dibuat sekiranya berlaku perbuatan makan, minum atau menghisap rokok secara terang-terangan di tempat awam oleh individu beragama Islam," jelas hantaran berkenaan pada Isnin.
Menurutnya, selain itu aduan juga boleh dibuat jika berlaku penjualan makanan dan minuman kepada pelanggan beragama Islam untuk dimakan atau diminum secara langsung di premis semasa waktu berpuasa.
Jelasnya, waktu operasi talian tersebut bermula jam 8 pagi hingga 6 petang pada setiap hari dengan cara menyertakan butiran berkaitan nama pengadu, lokasi kejadian, keterangan aduan secara terperinci, lampiran gambar, video atau dokumen berkaitan.
Katanya, kerjasama masyarakat sangat dihargai dalam memastikan keharmonian dan keberkatan Ramadan terus terpelihara.