MITI siasat dakwaan cip AI Nvidia dipindahkan ke Malaysia dari Singapura

Iklan

KUALA LUMPUR - Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berkata, ia sedang menyiasat dakwaan cip kecerdasan buatan (AI) Nvidia dalam pelayan yang dikaitkan dengan kes penipuan dialihkan dari Singapura ke Malaysia.

"Kami akan mengeluarkan kenyataan sebaik sahaja kami mendapat butiran terperinci mengenainya," kata kementerian itu hari ini menjawab pertanyaan media Malaysia mengenai dakwaan tersebut.

Iklan
Iklan

Pada Isnin, Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Dalam Negeri Singapura, K Shanmugam dilaporkan berkata, pelayan yang dikaitkan dengan kes penipuan di negara itu mungkin mengandungi cip AI Nvidia, yang kemudiannya dipindahkan ke Malaysia.

"Tetapi kami berpandangan mungkin terdapat representasi palsu mengenai destinasi akhir pelayan itu,” katanya.

Iklan

Menurut laporan berita Singapura, cip itu dibenamkan dalam pelayan yang dibekalkan oleh Dell dan Supermicro kepada syarikat yang berpangkalan di Singapura sebelum dipindahkan ke Malaysia.- Bernama

Iklan