Peniaga ponteng puasa, selamba hisap rokok di kedai makan

Iklan
Lelaki tersebut dicekup penguat kuasa JAIM dalam Operasi Cegah Jenayah Syariah di sini, pada Ahad.

MELAKA - Seorang peniaga lelaki bersahaja menghisap rokok ketika mengangkat makanan ke dalam kenderaan dipercayai mahu menjualnya dicekup Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di sini, pada Ahad.

Exco Pendidikan Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Melaka, Datuk Rahmad Mariman berkata, perbuatan peniaga berusia 59 tahun didapati telah ponteng berpuasa sekali gus mencemarkan kemuliaan Ramadan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, lelaki dicekup di Bukit Beringin antara dua individu ditahan dalam Operasi Cegah Jenayah Syariah.

"Dalam operasi itu kita telah menahan dua individu selepas didapati menghisap rokok di kedai makan di Alor Gajah dan Krubong.

Iklan

"Kedua-dua orang yang disyaki (OYDS) itu telah diberikan surat perintah hadir ke JAIM pada hari ini untuk membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Isnin.

Tambahnya, operasi pada kali ini melibatkan Jalan Besar Alor Gajah, Kelemak, Masjid Tanah, Kuala Sungai Baru, Tangga Batu, Tanjung Kling, Sungai Dang, Pulau Gadong dan Kawasan Perindustrian Bukit Rambai.

Iklan

Ujarnya, sekiranya disabitkan kesalahan, boleh didenda tidak lebih daripada RM1,000 atau dipenjara sehingga enam bulan di bawah Seksyen 49, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka (EKSNM) 1991: Kesalahan menjual makanan dan makan dalam bulan Ramadan.

"JAIM akan terus menjalankan kempen dan operasi menghormati Ramadan secara berkala bermula sepanjang Ramadan kali ini.

"Langkah ini meningkatkan kesedaran kepada masyarakat Islam untuk menghormati kesucian bulan Ramadan," katanya lagi.