Ramadan: Umat Islam seluruh negara imarahkan masjid, tarawih malam ini

Iklan
Umat Islam menunaikan solat sunat tarawih pada malam pertama bulan Ramadan 1446H di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA). Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Kemeriahan menyambut kedatangan Ramadan 1446H mula dirasai dengan rata-rata umat Islam di Malaysia mengambil kesempatan mengimarahkan masjid bagi menunaikan solat sunat tarawih pertama secara berjemaah malam ini sebelum mula berpuasa esok.

Umat Islam membanjiri Masjid Jamek Cina Muslim, Klang bagi mendirikan solat sunat tarawih pertama pada bulan Ramadan. Foto Bernama

Di SELANGOR, jalan menuju ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (MSSAAS) sesak dengan kenderaan dan parkir masjid negeri itu yang mampu memuatkan sehingga 24,000 jemaah penuh.

Iklan
Iklan
Umat Islam hadir ke Masjid Jamek Kampung Baru untuk menunaikan solat sunat tarawih berjemaah pada malam pertama Ramadan ketika tinjauan malam Sabtu. Foto Bernama

Tinjauan Bernama mendapati pihak pengurusan MSSAAS mengambil inisiatif menyediakan khidmat kereta 'buggy' kepada jemaah yang terpaksa meletakkan kenderaan mereka di luar pekarangan masjid.

Umat Islam Terengganu menunaikan solat sunat tarawih pada malam 1 Ramadan 1446H di Masjid Al-Ikhwan Gelong Bilal, malam Sabtu. Foto Bernama

Di TERENGGANU, dianggarkan seramai 2,000 jemaah mengimarahkan Masjid Abidin di Kuala Terengganu bagi menunaikan solat tarawih yang diimamkan Syeikh Mohamed Abdul Hamed Kulaib, imam khas diterbangkan dari Mesir.

Iklan

Begitu juga di Masjid Sultan Mansur dekat Jalan Kampung Sireh, Kota Bharu, KELANTAN; Masjid Sultan Ismail di Batu Pahat, JOHOR; Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq di Bukit Mertajam, PULAU PINANG; dan Masjid Zahir, KEDAH, jemaah memenuhi ruang masjid bagi menunaikan ibadah ‘eksklusif’ yang hanya boleh dilakukan pada bulan penuh keberkatan untuk umat Islam berkenaan.

Di SARAWAK, tinjauan Bernama di Masjid Jamek Negeri di Kuching mendapati kira-kira 3,000 jemaah dari sekitar bandar raya itu hadir bagi menunaikan solat tarawih malam ini, meskipun dalam keadaan hujan renyai sejak petang tadi.

Iklan

Suasana sama dirasai di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, SABAH, dengan lebih 1,000 jemaah mengimarahkan masjid dengan solat tarawih dipimpin ketua imam Mohd Zamzuhardi Zakaria Al-Hafiz. - Bernama