Jenazah lima beranak insiden kebakaran selamat dituntut

Iklan
Jenazah salah seorang mangsa diusung keluar dari Unit Forensik Hospital Jasin, di Jasin, pada Isnin.

JASIN - Jenazah lima beranak termasuk wanita hamil lima bulan yang rentung dalam insiden kebakaran di Kampung Berangan Enam, Umbai, di sini, awal pagi Khamis lalu, selamat dituntut keluarga pada malam Isnin.

Jenazah Laila Fathinah Mustapa, 37, dan empat anaknya, Nur Damia Batrisyia Abdullah,13, Izz Daffa Hafizuddin, 7, Nur Dalilah Khadijah, 6, dan Izz Danish Fathi, 4, dituntut ahli keluarganya kira-kira jam 7.05 malam selepas prosedur bedah siasat selesai dijalankan bagi urusan pengebumian di Tanah Perkuburan Wakaf Hj Johari Bakar di kampung berkenaan.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Jasin, Superintenden Mohamad Rusli Mat berkata, pihaknya telah menerima hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) daripada Jabatan Kimia Johor yang mengesahkan identiti lima beranak itu sebelum jenazah dijangka dikebumikan selepas solat Isyak.

Muhammad Khairuddin berkerusi roda menuntut jenazah isteri dan anak-anaknya.

"Proses pemadanan DNA telah selesai yang mana hasil ujian itu kita dah terima daripada Jabatan Kimia di Johor dan telah diserahkan kepada pihak forensik Hospital Jasin.

Iklan

Terdahulu, ujian DNA terhadap lima beranak itu dilakukan memandangkan keadaan kesemua mangsa yang rentung kira-kira 80 peratus.

Jenazah lima beranak itu dituntut oleh Muhammad Khairuddin Sa’ari, 35, yang merupakan suami kepada Laila Fathinah dan merupakan satu-satunya ahli keluarga yang terselamat dalam insiden yang turut memusnahkan rumah sewa separa batu dan papan itu.

Van jenazah berkonvoi menuju ke Masjid Baiturrahman Kampung Berangan Enam, di Jasin.

Iklan

Jenazah dijangka dibawa ke Masjid Baiturrahman Kampung Berangan Enam sebelum dikebumikan.

Sinar Harian pada Khamis lalu melaporkan seorang ibu hamil bersama empat anaknya rentung selepas kediaman mereka musnah dalam kebakaran.

Mohamad Rusli Mat berkata, Muhammad Khairuddin yang mengalami patah kaki akibat kemalangan turut mengalami sesak nafas kerana menghidu kepulan tebal asap kebakaran dan menerima rawatan di Hospital Jasin.