‘Along Kubur’ miliki 15 rekod lampau direman tujuh hari

Iklan
Suspek di perkarangan Mahkamah Majistret Batu Pahat, pada Sabtu.

BATU PAHAT - Pemandu Honda Accord berwarna kuning, dikenali dengan panggilan 'Along Kubur' yang tular selepas dikejar polis sejauh lima kilometer di Kluang, direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret di sini, pada Sabtu.

Perintah reman terhadap suspek berusia 40 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Nurasidah A Rahman pada Sabtu sehingga Jumaat depan.

Iklan
Iklan

Dalam kejadian sekitar jam 9 pagi Jumaat, Unit Peronda MPV Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang mengesan kenderaan yang dipandu suspek dalam keadaan mencurigakan di Persimpangan Jalan Haji Manan.

Ketika cuba diperiksa, suspek bertindak melarikan diri, menyebabkan polis terpaksa mengejarnya sebelum dia akhirnya berjaya ditahan di hadapan lampu isyarat Kluang Mall.

Iklan

Hasil pemeriksaan mendapati suspek mempunyai 15 rekod jenayah lampau, termasuk kesalahan berkaitan dadah.

Polis turut menemui sejumlah dadah dipercayai heroin, sementara ujian saringan air kencing mendapati suspek positif methamphetamine.

Iklan

Suspek berdepan enam pertuduhan di bawah beberapa seksyen undang-undang melibatkan Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952; Seksyen 44(2) dan Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987; Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, suspek tiba di pekarangan mahkamah pada 9.15 pagi diiringi anggota polis sebelum dibawa masuk ke dalam kamar mahkamah.