Terusan di Argentina bertukar warna 'darah'

Iklan
Gambar dan video yang menjadi tular menunjukkan aliran air berwarna pekat ke muara Rio de la Plata yang bersempadan dengan rizab ekologi.

BUENOS AIRES - Sebuah terusan di pinggir ibu kota Argentina bertukar warna merah seperti darah pada Khamis lalu hingga mengundang kebimbangan kepada komuniti setempat.

Gambar dan video yang menjadi tular menunjukkan aliran air berwarna pekat ke muara Rio de la Plata yang bersempadan dengan rizab ekologi.

Iklan
Iklan

Media tempatan melaporkan keadaan itu mungkin disebabkan pembuangan pewarna tekstil atau sisa kimia dari depoh berhampiran.

Sementara itu, Kementerian Alam Sekitar memaklumkan sampel air telah diambil dari Terusan Sarandi berkenaan untuk kajian lanjut.

Iklan

Penduduk mendakwa banyak syarikat tempat membuang sisa toksik mereka ke laluan air berkenaan.

"Kadangkala ia berwarna kuning dan mengeluarkan bau asid yang merengsakan tekak," kata penduduk dikenali sebagai Silvia.

Iklan

Rungutan sama dibuat Maria Ducomls yang mendakwa terusan itu berubah pelbagai warna sebelum ini dengan kesan gris pada permukaannya. - Agensi