Perketat pengawasan, tindakan lebih tegas terhadap syarikat kewangan

Iklan
Laporan Sinar Harian berkaitan Syarikat kewangan tawar komisen bawa pelanggan baharu. Gambar kecil: Wan Muhammad Hafizzul

SHAH ALAM - Pihak berkuasa termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu memperketatkan pengawasan dan melaksanakan tindakan undang-undang lebih tegas terhadap syarikat perunding kewangan yang terlibat dengan rasuah.

Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Pahang (GPMS Pahang), Wan Muhammad Hafizzul Wan Ismail berkata, ia kerana terdapat syarikat melalui proses pendaftaran mudah di negara ini, sekali gus membolehkan mereka menawarkan pelbagai kaedah pinjaman wang tanpa menunggu masa dan meraih pulangan tinggi.

Iklan
Iklan

"Jadi SPRM perlu berbincang dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagaimana untuk mengetatkan pendaftaran syarikat perunding kewangan di negara ini.

Sebelum ini, tiga selebriti, termasuk penyanyi terkenal telah hadir memberi keterangan kepada SPRM bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram menerusi Op Sky membabitkan syarikat perunding kewangan.

Iklan

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki pada Ahad berkata, seramai 18 individu akan dipanggil dalam masa terdekat untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan berkaitan sindiket tawar pinjaman melibatkan syarikat perunding kewangan.

Ujarnya, setakat ini, seramai 39 keterangan saksi terbabit sudah dirakam keterangan.

Iklan

Menurut Wan Muhammad Hafizzul, isu tersebut boleh mengikis kepercayaan dan menimbulkan persepsi negatif orang ramai terhadap figura awam terutama dalam dunia perniagaan atau produk yang dipromosikan oleh selebriti.

Ulasnya, masyarakat perlu lebih bertanggungjawab dan waspada dalam memilih tawaran atau hebahan promosi daripada mana-mana iklan perniagaan.

"Apa jua perkhidmatan masyarakat perlu semak latar belakang syarikat dahulu. Sekarang SKMM dan Bank Negara Malaysia (BNM) pun ada membuka laman web untuk menyemak syarikat-syarikat yang berdaftar.

"Jangan mudah percaya atau bergantung bulat-bulat kepada (iklan yang menggunakan) selebriti kerana mungkin mereka juga tidak tahu mengenai latar belakang syarikat yang dilakukan kerjasama itu,” ujarnya.