Lapan PATI ditahan di kandang ternakan dalam ladang sawit
Iklan
Antara PATI yang ditahan ketika serbuan di empat premis termasuk kandang ternakan dalam ladang kelapa sawit sekitar Felda Tenggaroh pada Isnin. - Foto JIM Johor
MERSING - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor menahan lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam serbuan di empat premis termasuk kandang ternakan dalam ladang kelapa sawit sekitar Felda Tenggaroh dekat sini pada Isnin.
Pengarahnya, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata, operasi yang turut melibatkan Unit Penguatkuasaan JIM Cawangan Mersing itu dilaksanakan susulan maklumat dan aduan awam mengenai kehadiran warga asing yang bekerja tanpa pas atau permit selain tiada dokumen perjalanan sah di kawasan terbabit.
Iklan
Iklan
"Operasi penguatkuasaan yang dijalankan jam 2.35 hingga 5.50 petang itu berjaya menahan lima lelaki warganegara Indonesia, dua rakyat India dan seorang lelaki warga Myanmar berusia antara lingkungan usia 27 hingga 50 tahun.
"Kesemua yang ditahan disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. Kesemua mereka kini ditempatkan di Depot Imigresen Pekan Nenas, Pontian bagi tujuan siasatan dan tindakan lanjut,” katanya.
Iklan
Sementara itu, Mohd Rusdi berkata, dua notis untuk hadir ke pejabat turut dikeluarkan kepada kesemua tertuduh.
"JIM Johor akan terus memperkasakan penguatkuasaan di seluruh negeri dalam usaha membanteras warga asing yang melanggar undang-undang serta peraturan.
Iklan
"Jabatan ini akan turut memerangi majikan, pemilik premis dan individu yang bersubahat menggajikan pekerja asing tanpa dokumen perjalanan serta pas atau permit yang sah,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco"><meta itemprop="description" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ExcoJohor #OnnHafiz"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-22T09:01:20.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P134S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xar75li"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xar75li"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xar75li"></script>