Dilema ikut mazhab di Makkah atau Malaysia

Iklan
DI Makkah dan Madinah, terdapat ramai ulama dan imam yang berasal dari pelbagai mazhab. Mereka secara umumnya tidak memaksa dan jemaah haji serta umrah bebas mengikuti mazhab masing-masing dalam menunaikan ibadah berkenaan. -Foto: CANVA/ Gambar kecil: USTAZ MUHAMAD AZLAN MD ARIS

SOALAN:

Apabila tiba di Makkah, adakah kita perlu mengikut mazhab di sana untuk menunaikan ibadah seperti solat?

Iklan
Iklan

JAWAPAN:

UMUM mengetahui, semua negara Islam mempunyai mazhab utama dan mengamalkan ajaran Islam berdasarkan pegangan mazhab masing-masing.

Iklan

Arab Saudi bermazhab Hanbali, manakala kita di Malaysia menganuti Mazhab Syafie.

Pun demikian, di Makkah dan Madinah, terdapat ramai ulama dan imam yang berasal dari pelbagai mazhab. Mereka secara umumnya tidak memaksa dan jemaah haji serta umrah bebas mengikuti mazhab masing-masing dalam menunaikan ibadah berkenaan.

Iklan

Apatah lagi semua mazhab sependapat tentang rukun solat, ibadah haji dan umrah. Tidak wujud perselisihan dalam kalangan mereka.

Perbezaan pandangan hanyalah pada perkara cabang seperti batal wuduk apabila bersentuhan antara lelaki dan wanita bukan mahram dalam Mazhab Syafie.

Menurut Mazhab Maliki, Hanbali dan Hanafi, bersentuhan antara lelaki serta wanita tidak membatalkan wuduk kecuali jika disertai dengan syahwat.

Ketika tawaf, perkara itu sering berlaku kerana kesesakan di Masjidil Haram dan sukar untuk dielakkan.

Oleh itu, ramai ulama membenarkan untuk mengikuti pendapat yang lebih ringan dalam situasi itu terutama bagi mereka yang berpegang kepada Mazhab Syafie.

*Jawapan disediakan oleh Ustaz Muhamad Azlan Md Aris, Penolong Pendaftar Kanan, Unit Hal Ehwal Islam, Universiti Teknologi Mara Cawangan Pahang, Kampus Jengka