Wanita campuran Cina-Orang Asli terbiasa sambut tiga raya

Iklan
Nur Allyshia (bertudung) bersama ahli keluarga berkumpul bagi acara makan besar Tahun Baharu Cina.

KUANTAN – Lahir dalam keluarga berdarah campuran Cina dan Orang Asli menjadikan Nur Allyshia Ariana Low Kim Choon, 31, terbiasa dengan kepelbagaian budaya sejak kecil.

Keunikan itu semakin terserlah apabila dia mendirikan rumah tangga dengan Abdul Wafa Mohd Amadzun, rakan seusianya yang berketurunan Melayu.

Iklan
Iklan

"Malah, dalam keluarga kami, perkahwinan campur bukan sesuatu yang luar biasa,” katanya.

Ibu kepada dua anak ini berkongsi, setiap kali menyambut perayaan, sama ada Tahun Baharu Cina, Aidilfitri atau Aidiladha, mereka tidak pernah menghadapi dilema dalam menentukan kampung mana yang harus dikunjungi dahulu.

Iklan

Menurutnya, mereka saling menghormati pegangan ahli keluarga dan mengamalkan toleransi dalam meraikan perayaan.

"Tahun Baharu Cina biasanya diraikan bersama keluarga saya, dan kami akan jemput keluarga mentua untuk ikut serta.

Iklan

"Begitu juga ketika Aidilfitri, giliran keluarga saya pula menyambutnya di rumah suami. Tiada isu berebut balik kampung,” kata penjawat awam itu.

Nur Allyshia memberitahu, salah satu tradisi yang mereka kekalkan ialah makan besar iaitu acara penting dalam budaya Cina.

Ia bukan sahaja mengekalkan nilai tradisional tetapi memberi peluang kepada keluarga mentua untuk mengenalinya lebih dekat.

"Asalkan tidak melanggar atau memesongkan hukum Islam, tiada masalah untuk mengikuti tradisi ini.

"Malah ia peluang untuk menyemai nilai perpaduan,” katanya.