Projek baik pulih Jalan Pantai Batu Rakit dijangka siap Mei 2026

Iklan
Projek baik pulih Laluan T145 Jalan Mengabang Telipot–Batu Rakit (Pantai) di Kampung Tanjung di sini sedang berjalan dan dijangka siap sepenuhnya pada Mei 2026. Gambar kecil: Hasli

KUALA TERENGGANU – Projek baik pulih Laluan T145 Jalan Mengabang Telipot–Batu Rakit (Pantai) di Kampung Tanjung di sini sedang berjalan dan dijangka siap sepenuhnya pada Mei 2026.

Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Terengganu, Ir Dr Hasli Ibrahim berkata, projek berkenaan masih berada dalam tempoh pembinaan dan pelaksanaan kerja pembaikan dilaksanakan secara berperingkat, bergantung cuaca semasa.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kerja-kerja di tapak akan diteruskan dengan lebih aktif apabila keadaan musim tengkujuh laut (MTL) reda, memandangkan faktor keselamatan menjadi keutamaan utama dalam pelaksanaan projek di kawasan pesisir pantai.

“Projek ini masih dalam tempoh pembinaan dan kerja pembaikan akan dijalankan sebaik mungkin apabila keadaan laut dan cuaca mengizinkan.

Iklan

“Ia juga diselaraskan sepenuhnya mengikut kontrak yang telah ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini jangkaan siap projek masih kekal pada Mei 2026, namun turut bergantung kepada keadaan cuaca sepanjang tempoh pembinaan.

Iklan

Dalam pada itu, Exco Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Datuk Hanafiah Mat ketika dihubungi enggan mengulas lanjut.