Hybrid solution atasi hakisan
Iklan
Dr Effi Helmy menunjukkan antara kawasan pantai terjejas yang sesuai dilaksanakan kaedah hybrid solution bagi mengatasi masalah hakisan dalam tempoh jangka masa panjang.
KUALA NERUS – Pendekatan hybrid solution atau penyelesaian hibrid yang menggabungkan struktur keras dan struktur lembut dikenal pasti sebagai langkah paling berkesan bagi menangani masalah hakisan kritikal di Pantai Batu Rakit.
Timbalan Pengarah Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Profesor Madya Dr Effi Helmy Ariffin berkata, kaedah itu merupakan pendekatan mitigasi bersepadu yang tidak bergantung kepada satu jenis struktur semata-mata.