'Dah baiki, tapi runtuh balik'
Iklan
Proses baik pulih Laluan T145 Jalan Mengabang Telipot-Batu Rakit (Pantai), Kampung Tanjung, Batu Rakit di Kuala Nerus masih diteruskan. Gambar kecil dari kiri: Harun, Haron, Mazlan dan Muda
KUALA NERUS - Masalah hakisan yang berlarutan lebih sedekad di Pantai Batu Rakit semakin memuncak apabila Laluan T145 Jalan Mengabang Telipot–Batu Rakit (Pantai), Kampung Tanjung itu runtuh sepanjang kira-kira 280 meter pada Januari tahun lalu akibat cuaca buruk ketika Monsun Timur Laut.
Susulan kejadian tersebut, projek pembaikan jalan yang menelan kos RM4.5 juta dilakukan bermula 8 April 2025 dan dijadual siap sepenuhnya pada 7 Oktober 2025.