KPDN perluas Jualan Rahmah 'Back To School'
Iklan
Lilis Saslinda (hadapan) melihat pakaian sekolah yang dijual sempena Program Jualan Rahmah 'Back To School', pada Ahad.
KULAI – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bakal memperluaskan lagi Program Jualan Rahmah 'Back To School' ke 26 kawasan Parlimen di seluruh Johor.
Menurut Pengarah KPDN Johor, Lilis Saslinda Pornomo, program itu dilanjutkan sehingga Mac depan turut menawarkan diskaun sehingga 30 peratus bagi barangan kelengkapan persekolahan.
Iklan
Iklan
"Program ini sebagai usaha membantu meringankan beban ibu bapa terutamanya menjelang persiapan musim baharu persekolahan anak-anak.
Orang ramai turut berpeluang mendapatkan barangan keperluan pada harga yang rendah pada Program Jualan Rahmah berkenaan.
"Antara barangan yang dijual pada program kali ini seperti baju sekolah putih, baju sekolah agama, beg dan sebagainya,” katanya.
Iklan
Lilis Saslinda berkata demikian pada sidang akhbar sempena sesi walkabout Program Jualan Rahmah Sempena Tahun Baru Cina 2025 dan Jualan Rahmah 'Back To School' di tapak Jualan Rahmah di sini, pada Ahad.
Untuk rekod, sesi pertama program dianjurkan pada 8 dan 9 Februari, sementara sesi kedua bakal berlangsung pada 15 dan 16 Februari nanti.
Iklan
Sementara itu, Lilis Saslinda berkata, selain program berkenaan, pengunjung juga berpeluang mendapatkan pelbagai barangan keperluan asas pada kadar harga lebih rendah pada Program Jualan Rahmah yang turut diadakan.
"Ini untuk membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat bagi keperluan asas yang lebih murah.
"Justeru, kita berhadap ia menjadi pemangkin kepada masyarakat untuk bijak membuat perancangan pembelian dalam mengurangkan bebanan perbelanjaan isi rumah kerana kita tidak nafikan kos sara hidup hari ini semakin mencabar,” katanya.
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.