Pulau Pinang sokong KPKM perkenal beras campuran
Iklan
Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyokong cadangan KPKM untuk memperkenalkan beras campuran yang menggabungkan beras tempatan dan beras import sebagai langkah penyelesaian terhadap keperluan para pesawah di negeri ini. Gambar hiasan (Gambar kecil: Fahmi)
GEORGE TOWN - Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyokong cadangan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) untuk memperkenalkan beras campuran yang menggabungkan beras tempatan dan beras import sebagai langkah penyelesaian terhadap keperluan para pesawah di negeri ini.
Ini susulan tunjuk perasaan oleh kumpulan pesawah di negeri ini, pada yang menuntut harga lantai belian padi dinaikan ke RM1,800 untuk satu tan metrik.
Iklan
Iklan
Exco Agroteknologi dan Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi, Fahmi Zainol berkata, seperti sedia maklum, harga RM26 untuk kampit 10kg itu merupakan harga yang dikeluarkan pada tahun 2008 lagi.
Menurutnya, harga ini perlu melalui penstrukturan semula berikutan kos-kos pengeluaran yang meningkat naik dari masa ke masa.
Iklan
Bagaimanapun katanya, kajian terperinci perlu dibuat selain mencari alternatif lain supaya tidak membebankan para petani dan rakyat khususnya.
Perhimpunan aman pesawah Pulau Pinang yang diadakan pada Ahad menuntut harga lantai belian padi dinaikan ke RM1,800 untuk satu tan metrik.
"Pada masa sama, bahang mengenai ketidakpuasan hati dengan harga jualan padi yang dibangkitkan oleh pesawah perlu diambil perhatian.
Iklan
"Perkara ini telah mendapat perhatian Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dengan mencadangkan akan mewujudkan sebagai solusi kepada kehendak petani di Pulau Pinang.
"Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyokong penuh cadangan menteri untuk mengkaji jualan beras campuran tempatan dan import seterusnya membentangkan kepada Perdana Menteri," katanya menerusi kenyataan di sini, pada Isnin.
Fahmi berkata, pihaknya menyokong penuh usaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan di dalam menyelesaikan sebarang isu berkaitan padi dan beras demi menjamin pengeluaran sumber makanan nasional terus berada di tahap terbaik.
Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.