Israel bebaskan 90 tahanan Palestin hari pertama gencatan senjata

Iklan
Seorang banduan Palestin disambut oleh seorang saudaranya sejurus ketibaan kira-kira 90 tahanan yang dibebaskan oleh Israel pada awal pagi 20 Januari 2025 di bandar Beitunia, Tebing Barat. Foto AFP

GAZA - Israel membebaskan seramai 90 tahanan Palestin terdiri daripada wanita dan kanak-kanak pada hari pertama perjanjian gencatan senjata bermula pada awal pagi Isnin.

Tahanan yang dibebaskan antaranya termasuk Khalida Jarrar, seorang ahli politik dan pemimpin Barisan Popular untuk Pembebasan Palestin (PFLP) di Tebing Barat yang diduduki Israel.

Iklan
Iklan

Khalida sebelum ini dipenjarakan oleh pihak berkuasa Israel beberapa kali atas tuduhan termasuk hasutan yang berkaitan dengan kenyataan awamnya mengenai pendudukan Israel.

Menurut wartawan agensi berita Al Jazeera, Nida Ibrahim, rakyat Palestin yang dibebaskan juga adalah sebahagian daripada mereka yang dipenjarakan kerana membaling batu ke arah tentera Israel.

Iklan

"Senarai banduan, ratusan nama yang telah dibebaskan, kebanyakannya sedang menjalani tahanan pentadbiran, yang merupakan taktik digunakan oleh dasar Israel untuk menahan orang di penjara selama-lamanya tanpa tuduhan.

"Tahanan pentadbiran ini terus diperbaharui berulang kali,” kata Nida.

Iklan

Pada masa ini terdapat lebih daripada 10,000 rakyat Palestin dari Tebing Barat menghuni penjara Israel, menurut Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin serta Persatuan Banduan Palestin.

Setakat ini, jumlah penduduk Palestin dari Semenanjung Gaza yang dipenjarakan oleh Israel masih tidak diketahui.