Kartel dalam sekolah jenayah pendidikan serius

Iklan
Gamber hiasan 123RF. Gambar kecil: Norhayati Nordin

SHAH ALAM - Kewujudan kartel membabitkan kontraktor dalam sekolah merupakan jenayah pendidikan serius yang boleh memberi ancaman keselamatan kepada warganya terutamanya pelajar.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia (#RasuahBusters), Norhayati Nordin berkata, kualiti sesuatu projek boleh dipersoalkan disebabkan kegagalan kontraktor melalui prosedur yang betul.

Iklan
Iklan

"Bayangkan jika sesebuah projek diberikan tidak sempurna kerana kartel ini tidak melalui prosedur yang betul, ia akan mengundang persoalan tentang kualiti dan servis kerja dihasilkan.

"Dari sudut keselamatan pelajar pula bagaimana? Kerana kartel di sekolah ini melibatkan seluruh ekosistem terutama fasiliti dan perkakasan yang sinonim dengan kegunaan anak-anak kita,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Iklan

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai pendedahan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki tentang kewujudan kartel kontraktor dalam Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Ia terbukti apabila ada di antara kontraktor yang menipu butiran ketika membuat permohonan dengan menggunakan alamat palsu.

Iklan

Sehubungan itu Norhayati menegaskan, pemantauan secara berkala dengan penglibatan pihak ketiga perlu dilakukan bagi agar tindakan awal boleh segera diambil.

Katanya, penglibatan pihak ketiga ini perlu untuk menilai proses dan kualiti kerja agar ia lebih telus dan mengelakkan sebarang ketirisan berlaku.

"Saya juga percaya kartel ni tidak hanya wujud di MRSM. Jadi ini adalah masa agar semua pihak mengambil tindakan untuk melihat adakah proses perolehan di sekolah dipantau dengan sempurna.

"Jika berlaku masalah, tindakan tegas perlu segera diambil serta pastikan tiada kompromi bagi mereka yang terlibat dengan isu sebegini,” katanya.