Patuhi arahan pihak berkuasa hadapi gelombang kedua banjir - ADUN
Iklan
Norlizah berkata sesuatu ketika melawat PPS di SJK (C), New Kota pada Selasa.
KOTA TINGGI - Mangsa banjir di daerah ini dinasihatkan agar sentiasa mematuhi arahan daripada pihak berkuasa khususnya arahan untuk berpindah ketika berdepan gelombang kedua banjir yang diramalkan mulai esok hingga Sabtu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Lama, Norlizah Noh berkata, orang ramai juga perlu sentiasa peka selain berwaspada dengan perkembangan terkini bagi memastikan keselamatan diri serta keluarga.
Iklan
Iklan
"Jangan berdegil apabila pihak berkuasa arahkan supaya berpindah, patuhilah arahan tersebut.
"Lagi pun, arahan ini (berpindah) adalah atas faktor keselamatan... jadi kenalah ikut arahan," katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian ketika ditemui di pusat pemindahan sementara (PPS) di SJK (C), New Kota di sini pada Selasa.
Untuk rekod, seramai seramai 208 mangsa banjir daripada 52 keluarga ditempatkan di PPS berkenaan sejak ia dibuka pada Jumaat lalu susulan banjir yang berlaku.
Iklan
Tambah Norlizah, pihaknya juga telah mengingatkan kepada mangsa banjir di setiap PPS yang dilawatinya agar sentiasa bersedia bagi berdepan gelombang kedua banjir.
"Kita dah beritahu supaya penduduk terutamanya mangsa banjir dalam kawasan DUN Johor Lama seperti di Taman Aman dan Kota Kecil untuk berada dalam keadaan bersiap sedia menghadapi gelombang kedua banjir ini," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco"><meta itemprop="description" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ExcoJohor #OnnHafiz"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-22T09:01:20.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P134S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xar75li"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xar75li"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xar75li"></script>