Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Iklan
Pada 8 pagi Selasa, ringgit naik kepada 4.4925/5050 berbanding mata wang AS daripada 4.5080/5120 pada Isnin. Gambar hiasan
RINGGIT dibuka tinggi berbanding dolar US pada Selasa dalam persekitaran sentimen pasaran yang berhati-hati dengan jangkaan bahawa kenaikan tarif Amerika Syarikat (AS) mungkin berlaku secara beransur-ansur dan Indeks Harga Pengeluar (IHP) serta Indeks Harga Pengguna (IHP) AS yang akan dikeluarkan pada minggu ini.
Pada 8 pagi, mata wang tempatan naik kepada 4.4925/5050 berbanding mata wang AS daripada 4.5080/5120 pada Isnin.
Iklan
Iklan
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, Indeks Dolar AS (DXY) kekal tinggi pada 109.956 mata selepas mencecah 110.163 mata malam Isnin, paras tertinggi sejak November 2022 apabila Rizab Persekutuan (Fed) AS menaikkan kadar dasar bagi mengekang inflasi.
Pasukan ekonomi Presiden AS dipilih, Donald Trump dilaporkan sedang mempertimbangkan kenaikan tarif secara beransur-ansur sebanyak dua peratus hingga lima peratus sebulan di bawah Akta Kuasa Ekonomi Kecemasan Antarabangsa (IEEPA).
Iklan
Pendekatan ini bertujuan untuk memanfaatkan rundingan dan pada masa sama meminimumkan risiko inflasi.
"Sehubungan itu, ringgit dijangka kekal antara RM4.50 hingga RM4.51.
Iklan
"Data minggu ini mengenai IHPR dan IHP AS akan menjadi satu lagi sebab bagi pasaran untuk terus berhati-hati kerana konsensus sedang menjangkakan IHP akan berada pada 3.4 peratus pada Disember 2024 daripada 3.0 peratus sebelum ini,” katanya kepada Bernama.
Mohd Afzanizam juga berkata, IHP akan lebih tinggi pada 2.9 peratus pada Disember berbanding 2.7 peratus bulan sebelumnya.
"Fed AS dijangka mengekalkan kadar dana Fed dalam mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan pada 28-29 Januari," katanya.
Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia naik berbanding yen Jepun kepada 2.8555/8636 daripada 2.8706/8733 ketika ditutup semalam bagaimanapun ringgit merosot berbanding euro kepada 4.6107/6235 daripada 4.5964/6004 dan jatuh berbanding pound Britain kepada 5.4943/5096 daripada 5.4592/4640 ketika ditutup pada Isnin.
Dalam pada itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang negara ASEAN.
Ringgit melonjak berbanding peso Filipina kepada 7.65/7.68 daripada 7.68/7.69, menokok berbanding rupiah Indonesia kepada 275.8/276.8 daripada 276.8/277.2 sebelumnya.
Ia menguncup berbanding baht Thailand kepada 12.9486/9947 daripada 12.9440/9618 dan berkurangan berbanding dolar Singapura kepada 3.2830/2926 daripada 3.2788/2822 ketika ditutup semalam.- Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>