Pantai Teluk Kemang yang tak pernah sunyi daripada kontroversi

Iklan
Deretan payung pantai yang lebih menarik dan tersusun ala Bali di Pantai Teluk Kemang.

MERAK Jalanan sebelum ini pernah membangkitkan keluhan orang ramai terhadap kewujudan khemah-khemah biru di Teluk Kemang, Port Dickson yang mengganggu pemandangan pantai.

Empat tahun beroperasi disulami rungutan demi rungutan sehingga Teluk Kemang digelar ‘Teluk Khemah’, akhirnya majlis perbandaran mengarahkan perkhidmatan sewaan khemah biru tersebut dihentikan pada November lalu.

Iklan
Iklan

Dua bulan isu tersebut reda, beberapa hari lalu nama Teluk Kemang kembali jadi bualan. Kali ini pasal payung pantai ala Bali yang dilengkapi kerusi santai dan meja bagi menggantikan khemah biru tersebut.

Merak Jalanan difahamkan, ia merupakan ‘situasi menang-menang’ terhadap 33 pengusaha khemah biru yang hilang mata pencarian akibat arahan henti operasi. Cuma kali ini pemasangan payung dihadkan kepada 600 meter supaya tidak mengganggu keselesaan orang awam.

Iklan

Ada memuji dan berpendapat pemasangan payung itu lebih baik berbanding khemah biru sebelum ini. Tidak kurang membantah dan mahu kawasan pantai itu dibiarkan kosong sahaja, sampai ada yang menyindir memberi gelaran ‘Teluk Payung’ pula.

Secara peribadi, Merak Jalanan nampak pemasangan payung ala Bali ini lebih menarik, macam di luar negara pula. Ada tarikan tersendiri dan tidak mustahil akan menjadi tempat wajib bergambar kepada yang datang ke Port Dickson. Biasalah, nak puaskan hati semua orang memang payah.

Iklan

Cuma Merak Jalanan mendapat tahu, ada yang kecewa kerana bayaran sewa dikenakan untuk menggunakan perkhidmatan payung itu dikatakan terlalu mahal. Mungkin selepas ini pengusaha perlu mengurangkan harga bagi memberi peluang kepada mereka yang kurang berkemampuan.

Dalam masa sama, pengusaha jangan pula jadi ‘abang besar’ melarang orang ramai membentang tikar sendiri di kawasan milik awam tersebut.