MAINJ salur RM1 juta bantu mangsa banjir Johor
Iklan
Mohd Fared berbual dengan salah satu keluarga di PPS (SJKT) Jalan Haji Manan, pada Ahad.
KLUANG - Majlis Agama Islam Johor Negeri (MAINJ) memperuntukan sejumlah RM1 juta untuk membantu mangsa banjir di negeri ini.
Menurut Exco Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid, bantuan berkenaan dapat disalurkan hasil daripada pewakaf di Johor yang sentiasa komited menunaikan tanggungjawab membayar zakat mereka.
Iklan
Iklan
"Daripada jumlah ini, RM200,000 akan disalurkan melalui pegawai daerah di setiap daerah terkesan dan RM800,000 lagi digunakan untuk menyediakan kit bantuan kepada setiap keluarga mangsa banjir.
"Sekiranya jumlah yang diperuntukkan untuk mangsa banjir ini tidak mencukupi, MAINJ akan memohon untuk mendapatkan bantuan tambahan bagi memastikan kesemua mangsa dapat menikmati hasil zakat yang disumbangkan rakyat negeri ini.
Iklan
"Pengagihan bantuan mula diagihkan kepada mangsa terlibat hari ini (Ahad), selain kit kebesihan dan solat, turut disampaikan bantuan wang tunai," katanya kepada pemberita.
Mohd Fared berkata demikian setelah mengadakan pertemuan dengan 60 ketua keluarga mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Jalan Haji Manan di sini pada Ahad.
Iklan
Tambah Mohd Fared, pada tahun lalu sahaja kira-kira RM400 juta wang zakat dibayar pembayar zakat dan jumlah itu melebihi sekitar RM12 juta berbanding tahun 2023.
Mengulas isu pihak yang mengajak rakyat negeri ini ini untuk membayar zakat di negeri lain, Mohd Fared berkata, rakyat Johor bijak menilai setiap apa yang mereka ingin lakukan.
Katanya, sebaik-baik pembayaran zakat adalah dilakukan di kawasan di mana seseorang bekerja dan bermastautin.
"Jumlah sebenar kutipan zakat bagi tahun 2024 akan diumumkan esok dan daripada jumlah yang dimaklumkan menunjukkan rakyat negeri Johor tetap akan membayar zakat di mana mereka tinggal," katanya.
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.