Rumah terbakar: Dua beradik terima bantuan, kembali semangat hadapi STPM, SPM
Iklan
Mohamad Lutfi (kiri) dan abangnya memilih kelengkapan sekolah mereka.
JOHOR BAHRU - Nasib dua beradik masing-masing calon peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sebelum ini berdepan musibah selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Seri Jaya, Skudai di sini pada Jumaat malam, mendapat perhatian pengurusan sebuah pasar raya.
Mohamad Akmal Muqri Mohamad Farok, 20, dan adiknya, Mohamad Lutfi Mohamad Farok, 18, menerima bantuan barangan kelengkapan persekolahan daripada pengurusan sebuah pasar raya berkenaan pada Ahad.
Iklan
Iklan
Mohamad Lutfi berkata, bantuan itu memberikan semangat untuknya meneruskan peperiksaan SPM.
"Alhamdulillah, dengan bantuan ini saya rasa bersemangat untuk teruskan peperiksaan SPM.
Iklan
"Terima kasih kerana sudi membantu kami sekeluarga. Saya pun tak sangka boleh kembali bersemangat macam ini, sebab sejak kejadian kebakaran ini saya sangat buntu memikirkan nasib kami sekeluarga," katanya.
Mohamad Lutfi berkata demikian ketika ditemui di sebuah pasar raya yang menawarkan bantuan barangan kelengkapan pembelajaran serta persekolahan kedua-dua beradik berkenaan.
Iklan
Untuk rekod, kebakaran yang dipercayai berlaku sekitar jam 9.40 malam itu turut memusnahkan hampir kesemua peralatan pembelajaran dua beradik berkenaan termasuk pakaian sekolah.
Sementara itu, Mohamad Akmal Muqri juga mengakui bantuan ini menaikkan semangatnya untuk mengharungi peperiksaan STPM Selasa ini.
"Saya mulanya sedih kerana banyak kelengkapan sekolah hangus, namun bantuan ini memberikan saya semangat untuk terus menduduki peperiksaan," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco"><meta itemprop="description" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ExcoJohor #OnnHafiz"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-22T09:01:20.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P134S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xar75li"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xar75li"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xar75li"></script>