29 aset rugi TH dipindahkan ke SPV termasuk empat hotel tular

Iklan
Mujahid

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Sebanyak 29 aset Tabung Haji yang mengalami kerugian dipindahkan ke sebuah Syarikat Tujuan Khas (SPV), milik penuh Kerajaan Malaysia.

Jumlah itu termasuk empat hotel yang tular di media sosial.

Iklan
Iklan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof menerusi Twitternya berkata, kesemua aset tersebut dipindahkan dengan nilai asal bagi memastikan operasi TH dikekalkan.

"Prinsip pemulihan TH ialah mengenalpasti aset yang rugi bagi menyelamatkan defisit warisan UMNO," katanya.

Iklan

Semalam, sekeping surat didakwa ditandatangani pemangku Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Hotel & Residence Sdn Bhd (THHR) Zulkefli Ahmad tular di media sosial.

Surat yang bertarikh 17 Februari itu memaklumkan empat hotel iaitu TH Hotel Kota Kinabalu, TH Hotel Pulau Pinang, TH Hotel & Convention Centre Alor Setar dan TH Hotel & Convention Centre Terengganu akan ditamatkan operasi dan perkhidmatan berkuatkuasa 1 April depan.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN: Operasi rangkaian hotel TH diteruskan di bawah pengurusan baharu

Pas tuntut penjelasan kerajaan empat hotel TH ditutup: Tuan Ibrahim

Tiada rancangan tutup hotel TH, kata Kadir Jasin