Isu Batu Puteh: Himpunan solidariti bukti pemuafakatan rakyat Johor
Iklan
Azlen (hadapan: dua dari kanan) pada himpunan berkenaan.
ISKANDAR PUTERI - Kehadiran lebih 1,000 rakyat negeri Johor menyertai himpunan solidariti terhadap kehilangan Batu Puteh kepada Singapura, dilihat menggambarkan pemuafakatan rakyat berhubung isu berkenaan.
Menurut Ketua Pemuda UMNO Johor, Noor Azleen Ambros, himpunan itu juga secara keseluruhannya, menunjukkan kemuafakatan rakyat Johor dalam mempertahankan kedaulatan negara.
Iklan
Iklan
"Kita akui daripada sudut perundangan agak sukar untuk Batu Puteh dikembalikan kepada Malaysia, namun himpunan ini merupakan tanda kita bersolidariti bagi mempertahan maruah rakyat Johor.
"Ini tanggungjawab moral kita kepada tanah air dan negeri Johor, jadi biarlah sejarah merekodkan kita telah laksanakan tanggungjawab tersebut,” katanya ketika berucap pada himpunan berkenaan yang diadakan di Dataran Mahkota, Kota Iskandar pada Jumaat.
Iklan
Pada himpunan aman tersebut turut menyaksikan memorandum ditandatangani seramai 3,000 rakyat Johor diserahkan kepada Ketua Setiausaha Sulit Menteri Besar Johor, Dr. Joharudin Sameon@Mingan.
Pada 6 Disember lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pendedahan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan membuktikan wujud pengkhianatan besar kepada negara dan proses undang-undang bagi menyiasat semula perkara itu harus dihormati semua pihak.
Iklan
Sebelum ini, RCI Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan mengesyorkan siasatan jenayah boleh dimulakan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Prosiding itu diusulkan susulan Malaysia kehilangan Batu Puteh kepada Singapura selepas Jemaah Menteri yang diketuai Dr. Mahathir pada 2018 menarik balik permohonan membatalkan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).
Sementara itu, Ketua Polis Ibu Pejabat Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M. Kumarasan berkata, himpunan berkenaan berjalan lancar dan aman tanpa sebarang masalah.
Malah katanya, kesemua peserta himpunan juga menunjukkan disiplin yang tinggi dan semua pihak mematuhi undang-undang.
"Himpunan tersebut dikawal seramai 120 pegawai dan anggota polis bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini," katanya.
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.