Enakmen baharu: Kelantan siap sedia laksana peraturan hiburan lebih tegas
Iklan
Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 2024 yang bakal berkuat kuasa empat hari lagi membolehkan kawalan lebih tegas dilaksana terhadap aktiviti hiburan di Kelantan. Gambar hiasan (Gambar kecil: Hilmi)
KOTA BHARU - Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 2024 yang bakal berkuat kuasa empat hari lagi membolehkan kawalan lebih tegas dilaksana terhadap aktiviti hiburan di Kelantan.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Hilmi Abdullah berkata, enakmen itu diluluskan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada November.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, individu atau syarikat yang mahu menganjurkan acara hiburan diingatkan supaya mengemukakan permohonan sebulan lebih awal bagi memudahkan proses semakan dan mengelak sebarang pelanggaran peraturan.
"Memandangkan sudah 26 tahun tiada sebarang pindaan atau penambahbaikan dibuat terdapat banyak kelompangan yang menimbulkan kesulitan dari segi pelaksanaannya.
Iklan
Penggubalan enakmen baharu ini selari hasrat pihak berkuasa negeri untuk menukar pegawai pelesen hiburan daripada ketua jajahan kepada yang dipertua pihak berkuasa tempatan," katanya kepada Bernama pada Jumaat.
Antara perubahan baharu yang terdapat dalam enakmen itu, semua kadar denda kesalahan dan kompaun dinaikkan hingga maksimum RM50,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Iklan
Kadar deposit cagaran hiburan dinaikkan hingga tidak lebih RM20,000 dan kesalahan yang mengandungi larangan atau unsur larangan boleh didenda hingga RM30,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun.
Kesalahan Penalti Am juga dinaikkan daripada RM2,000 kepada RM5,000 atau penjara atau kedua-duanya sekali dan garis panduan enakmen itu juga turut mengambil kira kesalahan berkait penggunaan alat-alat elektronik. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Van sekolah operasi tanpa permit, insurans serta daif kaut untung RM10,000 sebulan"><meta itemprop="description" content="Pemilik van persendirian dipercayai mengaut keuntungan sehingga RM10,000 sebulan dengan mengendalikan perkhidmatan van sekolah secara haram tanpa permit dan perlindungan insurans, selain menggunakan kenderaan yang berada dalam keadaan daif sehingga boleh membahayakan keselamatan pelajar.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, Mohd Misuari Abdullah berkata, pengusaha terbabit turut didapati membawa pelajar secara berhimpit-himpit sehingga melebihi kapasiti yang dibenarkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803951/edisi/kelantan/van-sekolah-operasi-tanpa-permit-insurans-serta-daif-kaut-untung-rm10000-sebulan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #JPJ #VanSekolah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T07:07:33.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P173S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvdxoq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvdxoq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvdxoq"></script>