Asrama terbengkalai tujuh tahun perlu pembaikan
Iklan
Pelajar Maahad Tahfiz Darul Quran Wal-qiraat, Pasir Mas bergambar di hadapan asrama yang terbengkalai
KOTA BHARU - Pihak pengurusan Maahad Tahfiz Darul Quran Wal-qiraat di Kampung Repek, Pasir Mas di sini mengambil keputusan membaik pulih asrama maahad berkenaan selepas terbengkalai hampir tujuh tahun.
Timbalan Pengetua, Maahad Tahfiz Darul Quran Wal-qiraat, Muhammad Amir Hakim Muhammad Subki berkata, maahad berkenaan sudah 30 tahun dibina dan antara yang terawal di daerah berkenaan.
Iklan
Iklan
Menurut beliau, asrama tiga tingkat seluas 464.5 meter persegi itu perlu pembaikan di bahagian syiling, bilik air, pendawaian elektrik dan bumbung.
"Kami juga mahu menambah pembinaan tangga kecemasan, bilik guru, kelengkapan asrama dan dewan terbuka," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.
Iklan
Muhammad Amir Hakim memberitahu, asrama itu boleh memuatkan 300 pelajar dalam satu-satu masa.
"Pihak maahad ini mahu semua pelajar mendapat kemudahan terbaik supaya dapat menumpukan perhatian sepanjang sesi pembelajaran di sini," katanya.
Iklan
Tambah beliau, sebanyak RM350,000 diperlukan bagi membantu membaik pulih asrama berkenaan untuk keselesaan pelajar.
Orang ramai yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian melalui Bank Islam di nombor akaun 03027010060206 atas nama Maahad Tahfiz Darul Quran Wal-qiraat.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Tanpa kereta api, kami tidak dapat ke sekolah'"><meta itemprop="description" content=""Tanpa kereta api, kami tidak dapat ke sekolah. Biar terpaksa bangun seawal jam 5 pagi, kami sanggup daripada meredah hutan dalam kegelapan."
Demikian kata Ami Qistina Luqman, 16, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong di Kuala Krai yang bergantung kepada pengangkutan tersebut untuk menuntut ilmu.
Pelajar tingkatan empat itu merupakan antara ratusan pelajar yang menjadikan kereta api sebagai pengangkutan utama untuk ke sekolah sejak 17 tahun lalu bermula 2009 apabila hanya di Dabong terdapat sekolah menengah.
Lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/763576/edisi/kelantan/tanpa-kereta-api-kami-tidak-dapat-ke-sekolah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SesiPersekolahan #Keretaapi #Kelantan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-11T09:29:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/Zot381fOss2ed4rQn/x120"><meta itemprop="duration" content="P217S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9xjjyg"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9xjjyg"></script>