Banjir: Johor sedia perancangan alternatif untuk calon SPM
Iklan
Aznan sempat beramah mesra dengan sebahagian pelajar ketika mengunjungi SMK Tasek Utara, pada Isnin.
JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri Johor telah menyediakan perancangan alternatif dalam usaha memastikan kesemua calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) termasuk calon-calon yang terjejas akibat banjir dapat menduduki peperiksaan berkenaan.
Menurut Exco Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor, Aznan Tamin perancangan tersebut turut melibatkan 16 calon SPM di negeri ini yang terjejas akibat banjir ketika ini khususnya di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Buloh Kasap, Segamat.
Iklan
Iklan
"Ketika ini terdapat 16 calon SPM Johor yang terjejas banjir, sembilan daripada mereka ditempatkan di SMK Buloh Kasap sendiri.
"Selebihnya menetap sementara di rumah saudara mereka,” katanya kepada pemberita pada Isnin.
Iklan
Aznan berkata demikian setelah meninjau pelaksanaan ujian lisan bagi peperiksaan SPM di SMK Tasek Utara, di sini.
Turut sama, Pengetua SMK Tasek Utara, Mislina Salleh.
Iklan
Untuk rekod, seramai 43,175 calon menduduki SPM di 306 sekolah seluruh Johor bermula pada Isnin.
Tambah Aznan, Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) juga telah mengenal pasti sebanyak 669 sekolah yang digazetkan sebagai pusat pemindahan sementara (PPS) banjir di negeri ini.
Dalam perkembangan berasingan, Aznan turut menasihatkan ibu bapa agar memantau anak-anak mereka terutamanya yang berusia bawah 18 tahun agar tidak menonton filem berkaitan gejala buli yang berlaku di sekolah.
Katanya, filem-filem sedemikian mungkin akan membawa kesan yang tidak baik kepada pelajar.
"Kita bukan halang perfileman negara, tetapi filem-filem seperti ini ada unsur negatif.
"Alhamdulillah, setakat ini tiada aduan mengenai kes buli di Johor dan kita harap benda ni tidak akan berlaku,” katanya.
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.