Banjir: Polis pantau laluan, kawasan dinaiki air
Iklan
Polis melakukan pemantauan di kawasan yang dinaiki air di sekitar kawasan Batu 16, Jalan Batu Pahat Mersing (Kahang)
KLUANG – Polis akan terus melakukan pemantauan di sekitar kawasan Batu 16, Jalan Batu Pahat Mersing (Kahang) yang dilaporkan dinaiki air akibat banjir.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, pemantauan akan dibuat bermula dari sekitar jam 9.30 pagi hingga selesai.
Iklan
Iklan
Selain itu katanya, polis juga turut menempatkan anggota bertugas di kawasan terbabit bagi tujuan mengawal laluan lalulintas di kawasan berkenaan.
"Untuk makluman, jalan utama yang menghubungkan Kluang ke Mersing di Batu 17 telah dinaiki air dan melimpah di atas jalan raya.
Iklan
"Dalam keadaan seperti ini hanya kenderaan berat, seperti kenderaan pacuan empat roda (Toyota Hilux ke atas) yang boleh melepasi jalan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Pada masa sama, Bahrin berkata, pihak polis turut melakukan pemantauan di jalan raya bermula dari Batu 18 hingga ke Batu 29 Jalan Batu Pahat Mersing.
Iklan
Bagaimanapun hasil pemantauan yang dibuat, didapati tiada jalan yang dinaiki air di kawasan berkenaan.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco"><meta itemprop="description" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ExcoJohor #OnnHafiz"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-22T09:01:20.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P134S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xar75li"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xar75li"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xar75li"></script>