Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Iklan
Dr Mohamed Fadzli
KOTA BHARU - Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan.
Beliau berkata, Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) yang dirujuk Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan menunjukkan daripada 146 kes hamil luar nikah pada 2021, jumlah berkenaan berkurang kepada 136 kes pada 2022 dan seterusnya turun kepada 61 kes tahun lepas.
Iklan
Iklan
"Bilangan kes khalwat di Kelantan turut mengalami penurunan iaitu 196 kes pada 2022, susut kepada 86 kes bagi 2023.
"Ini menunjukkan langkah kerajaan melaksanakan pelbagai program sama ada melalui pendidikan, peranan Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita berserta pendekatan lain, memberi impak dalam menangani gejala sosial di Kelantan,” katanya dalam sesi penggulungan perbahasan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.
Iklan
Fadzli yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wilayah, Sumber Asli, Integriti, Pembangunan Insan dan Undang-undang berkata kerajaan negeri turut mengambil pendekatan menubuhkan jawatankuasa induk bagi menangani gejala sosial di Kelantan.
Beliau berkata jawatankuasa itu bukan hanya dianggotai agensi kerajaan negeri tetapi juga melibatkan agensi kerajaan Persekutuan termasuk polis, Jabatan Pendidikan dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) negeri.
Iklan
"Kita tidak memandang sepi isu gejala sosial di Kelantan dan kerana itu kita ambil pendekatan ini dengan membahagikannya kepada sembilan kluster,” katanya sambil menambah kerajaan negeri menyediakan peruntukan khas untuk menangani isu berkenaan. - Bernama
Demikian kata Ami Qistina Luqman, 16, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong di Kuala Krai yang bergantung kepada pengangkutan tersebut untuk menuntut ilmu.
Pelajar tingkatan empat itu merupakan antara ratusan pelajar yang menjadikan kereta api sebagai pengangkutan utama untuk ke sekolah sejak 17 tahun lalu bermula 2009 apabila hanya di Dabong terdapat sekolah menengah.
Lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/763576/edisi/kelantan/tanpa-kereta-api-kami-tidak-dapat-ke-sekolah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.