Cadangan kerja empat hari setengah, langkah proaktif
Iklan
Khairul Faizi
JOHOR BAHRU – Cadangan Kerajaan Negeri Johor berhubung tempoh hari bekerja selama empat hari setengah mulai tahun hadapan dilihat sebagai satu langkah proaktif.
Pengerusi Kongres Rakyat Negeri Johor, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, langkah berkenaan turut menyaksikan Johor muncul negeri pertama yang melaksanakan cuti selama dua hari setengah yang tidak pernah diamalkan oleh mana-mana negeri sebelum ini.
Iklan
Iklan
"Bermula dengan keputusan tukar cuti hujung minggu dari Jumaat kepada Ahad (seperti yang dititahkan) kita lihat cadangan tersebut yang diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi dilihat sebagai satu langkah terkehadapan.
"Bekerja empat hari seminggu dan cuti tiga hari seminggu sebenarnya telah pun dilaksanakan di beberapa negara di dunia; contohnya sebanyak 61 syarikat di seluruh Britain bekerja secara purata 34 jam sepanjang empat hari antara Jun dan Disember 2022, dengan gaji yang sama tanpa pengurangan dengan 56 syarikat, atau 92 peratus memilih untuk meneruskan jadual kerja seperti itu dengan 18 daripadanya kekal.
Iklan
"Ini menunjukkan bahawa percubaan ini telah menghasilkan satu kejayaan yang positif dan awal bulan ini, United Kingdom (UK) melancarkan percubaan pertama minggu kerja empat hari yang disokong kerajaan yang membolehkan 1,000 pekerja bekerja dengan hari yang lebih sedikit tanpa pemotongan gaji,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Difahamkan, kempen berkenaan telah disertai 17 syarikat termasuk British Society for Immunology dan Crate Brewery yang mana mereka akan menguji jadual kerja yang lebih pendek dengan memilih beberapa model kerja sembilan hari dalam dua minggu.
Iklan
Tambah Khairul Faizi, mulai Februari hingga Ogos 2022 lalu, sebanyak 17 syarikat di Ireland melakukan percubaan kerja selama empat hari seminggu dan dilaporkan sebagai kejayaan yang luar biasa oleh media.
Katanya, percubaan ini juga dilaksanakan di Amerika Syarikat, New Zealand, Sweden, Scotland, Sepanyol, Jepun dan beberapa negara lain.
"Walaupun kebanyakannya belum teruji, diharapkan agar pelaksanaan ini akan merujuk kepada peningkatan produktiviti, pengurangan kos dan keseimbangan kehidupan kerja dapat dicapai dengan sebaiknya,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata, cadangan yang dikemukakan susulan pelaksanaan cuti hujung minggu yang diubah kepada Sabtu dan Ahad mulai 1 Januari 2025 akan memberikan banyak manfaat kepada rakyat.
Katanya, dengan menjadikan hari Jumaat sebagai hari bekerja setengah hari, ia akan memudahkan umat Islam di Johor menunaikan solat Jumaat selain turut memudahkan urusan semua pihak khususnya murid sekolah.
"Mungkin akan ada suara sinis yang tidak sehaluan dengan cadangan ini, namun ia sudah tentu memberikan impak yang positif kepada pembangunan aspek kekeluargaan yang lebih harmoni.
"Sebelum ini, Allahyarham, Tan Sri Nik Aziz Nik Mat pernah memperkenalkan cuti dua hari seminggu ketika penggal kedua menjawat jawatan Menteri Besar Kelantan pada 1 Januari 1996; namun ketika itu pelbagai kritikan dilemparkan namun akhirnya ia dijadikan ikutan di seluruh negara sehingga ke hari ini.
"Justeru, saya yakin, bahawa inisiatif yang dilakukan oleh kerajaan negeri Johor ini akan dibudayakan dalam negara kita pula pada masa akan datang,” katanya.
Mohammad Alif Najmi Mohd Razi, 15, berkata, dia tidak menyangka perjalanan singkat ke kedai runcit kira-kira 200 meter dari rumahnya itu berakhir dengan kecederaan apabila seekor anjing menerkam dan menggigit kaki kirinya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/800262/edisi/johor/lagi-kes-kanak-kanak-diserang-anjing-liar-alif-keluar-beli-ubat-hanya-200-meter-dari-rumah
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.