Pelancaran JS-SEZ tertunda kali kedua, Johor persoal kelewatan
Iklan
Onn Hafiz pada sesi penggulungan Belanjawan Johor 2027 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar pada Jumaat.
ISKANDAR PUTERI – Pelancaran Pelan Induk Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang sekali lagi ditangguhkan menimbulkan kebimbangan Johor berhubung risiko kehilangan momentum dan peluang pelaburan.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelancaran pelan induk berkenaan yang sebelum ini dijadualkan pada Mac lalu sekali lagi ditangguhkan kepada Disember ini, namun tarikh baharu masih belum ditetapkan.
Iklan
Iklan
Menurutnya, perkara itu membimbangkan kerana dokumen Pelan Induk JS-SEZ sebenarnya sudah siap seawal Mac lalu, namun sehingga penghujung tahun ini pelancarannya masih belum dapat dilaksanakan.
“Untuk pengetahuan ahli-ahli Yang Berhormat, dokumen master plan JS-SEZ ini sudah pun siap seawal bulan Mac tahun ini. Dan sekarang kita sudah masuk ke penghujung bulan Disember.
Iklan
“Justeru, kerajaan negeri menggesa jangan dilengah-lengahkan lagi pelancarannya. Kita tidak mahu penangguhan ini menyebabkan Johor kehilangan momentum dan peluang pelaburan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan Belanjawan Johor 2027 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di sini.
Iklan
Onn Hafiz berkata, JS-SEZ adalah antara inisiatif strategik yang mampu mengubah landskap ekonomi Johor untuk dekad akan datang, selain Zon Kewangan Khas (SFZ), Pelan Transformasi Ekonomi Johor (JETP), projek Elevated Autonomous Rapid Transit (ART), Sistem Transit Rapid (RTS) serta pelebaran Lebuhraya PLUS dan Lebuhraya Senai-Desaru (SDE).
Katanya, dengan strategi tepat dan gerak kerja yang mendapat sokongan kerajaan Persekutuan, Johor bukan sahaja berpotensi menjadi enjin pertumbuhan baharu negara, malah Asia Tenggara.
“Yakinlah, inisiatif ini akan mengubah landskap Johor untuk dekad mendatang.
“Jika strateginya tepat dan gerak kerjanya dibantu serta disokong oleh kerajaan Persekutuan, Johor bukan sahaja boleh menjadi enjin pertumbuhan yang baharu untuk negara, malah juga boleh untuk Asia Tenggara,” katanya.
Untuk rekod, Malaysia dan Singapura memeterai perjanjian JS-SEZ pada 7 Januari 2025 bagi memperkukuh integrasi ekonomi kedua-dua negara, menarik pelaburan berkualiti tinggi dan meningkatkan pergerakan barangan serta manusia merentasi sempadan.
Pelan induk dan blueprint pelaburan JS-SEZ pada awalnya dijadual dilancarkan pada 30 Mac lalu, namun ditangguhkan susulan keputusan Kabinet pada 17 Mac.
Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir pada Julai lalu memaklumkan dokumen berkenaan sudah siap dan diluluskan Kabinet, dengan pelancaran rasmi dirancang selepas Pilihan Raya Negeri Johor bagi membolehkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari Singapura, Lawrence Wong melancarkannya bersama-sama.
JS-SEZ menyasarkan untuk menjana Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Johor sebanyak RM260 bilion menjelang 2030 selain mewujudkan lebih 20,000 peluang pekerjaan berkemahiran tinggi.
Dalam perkembangan berkaitan, JS-SEZ merekodkan pelaburan diluluskan berjumlah RM88.83 bilion bagi tempoh Januari 2025 hingga Jun 2026, sekali gus mencerminkan potensi besar kerjasama ekonomi antara Malaysia dan Singapura.
Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, kemungkinan itu turut diberi perhatian dalam siasatan berikutan jumlah bahan yang ditemukan agak banyak dan bukan sekadar melibatkan kuantiti kecil.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806237/edisi/johor/jainj-tidak-tolak-kemungkinan-kontraktor-terlibat-kes-buang-al-quran-buku-agama-tepi-jalan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.