Prestasi cemerlang buka peluang rakyat Sarawak sertai pasaran modal - Bursa Malaysia
Iklan
Wahid Omar. Foto Bernama
RAKYAT Sarawak diminta untuk lebih aktif menyertai pasaran modal sebagai satu cara bagi mengembangkan kekayaan, susulan pencapaian cemerlang pasaran modal negara tahun ini.
Pengerusi Bursa Malaysia, Tan Sri Wahid Omar berkata, pasaran modal Malaysia kini berada pada kedudukan yang sangat baik dengan pelbagai peluang terbuka kepada pelabur, terutamanya di kalangan generasi muda dan usahawan tempatan.
Iklan
Iklan
"Nilai pasaran keseluruhan Bursa Malaysia telah mencecah RM2 trilion buat pertama kalinya pada Mei tahun ini. Ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan bagi kita semua,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian program Bursa Marketplace Fair Sarawak 2024 di Kuching pada Sabtu.
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg diwakili timbalannya, Datuk Amar Douglas Uggah Embas merasmikan program itu yang bertujuan memberi kesedaran kepada rakyat Sarawak tentang kepentingan pelaburan awal selain meningkatkan bilangan pelabur dari negeri itu dalam pasaran modal.
Iklan
Menurut Wahid, sebanyak 95 syarikat senaraian awam di Bursa Malaysia sekarang adalah dari Sarawak dengan nilai permodalan pasaran sebanyak RM301 bilion.
"Ini menunjukkan kepesatan perkembangan sektor perniagaan dan peluang pelaburan di negeri Sarawak,” tambahnya. - Bernama
Iklan
TAG: Bursa Malaysia, pasaran modal
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>