Serangan dipercayai berkait rampasan ketum
Iklan
Garaj dan kereta yang musnah dalam serangan bom botol di kediaman pegawai kanan kastam di Kampung Perupok, Tumpat awal pagi tadi.
TUMPAT - Kediaman pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang diserang dengan bom botol di Kampung Perupok di sini awal pagi tadi dipercayai berkaitan operasi ketum.
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Mat Piah berkata, polis tidak menolak kemungkinan ia ada kaitan dengan operasi rampasan ketum berhubung kejadian pada jam 2.45 pagi itu.
Iklan
Iklan
"Kejadian disedari abang ipar mangsa yang berada di rumah itu yang terdengar bunyi letupan sebelum melihat api di garaj, pada masa sama dia ternampak dua lelaki bermotosikal dalam keadaan kelam kabut. Dia kemudian menghubungi bomba.
"Berkemungkinan kejadian yang berlaku ini ada kaitan dengan tugasannya (pegawai kastam) bagaimanapun siasatan menyeluruh akan dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar serangan,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian di sini hari ini.
Iklan
Abdullah bercakap kepada pemberita pada sidang media di lokasi kejadian hari ini.
Hadir sama, Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Abdul Rashid Daud.
Iklan
Beliau berkata, pemeriksaan pihaknya menemui pemetik api dan botol berbau petrol.
"Polis juga akan menyiasat kes rampasan ketum di Pasir Mas baru-baru ini yang dilakukan mangsa.
"Kejadian ini mungkin dilakukan penunggang motosikal yang dilihat oleh abang ipar mangsa dan ketika itu mangsa tidak berada di rumah,” katanya.
Abdullah (kiri) melihat pakir dan kereta mangsa yang hangus dalam kejadian itu.
Mengulas lanjut, Abdullah berkata, serangan yang mencetuskan kebakaran itu memusnahkan garaj, dua buah kereta iaitu Mitsubishi Triton dan Toyota Yaris dianggarkan berjumlah RM150,000.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Rumah pegawai kastam dilempar molotov cocktail
Demikian kata Ami Qistina Luqman, 16, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong di Kuala Krai yang bergantung kepada pengangkutan tersebut untuk menuntut ilmu.
Pelajar tingkatan empat itu merupakan antara ratusan pelajar yang menjadikan kereta api sebagai pengangkutan utama untuk ke sekolah sejak 17 tahun lalu bermula 2009 apabila hanya di Dabong terdapat sekolah menengah.
Lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/763576/edisi/kelantan/tanpa-kereta-api-kami-tidak-dapat-ke-sekolah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.