Maritim Malaysia, YFBM bantu komuniti maritim Mersing hadapi musim tengkujuh
Iklan
Maritim Malaysia sedia memberikan sokongan logistik selain menghantar penduduk dengan selamat pada musim tengkujuh nanti. Foto Maritim Zon Mersing
MERSING - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) membantu komuniti maritim di daerah ini dengan mengagihkan barangan makanan dan keperluan asas lain bagi menghadapi cabaran musim tengkujuh menerusi Program Bantuan Tengkujuh Susur Pulau 2024 baru-baru ini.
Menurut Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Suhaizan Saadin kerjasama berkenaan dijalankan mulai 27 hingga 30 Oktober lalu dengan pihak Maritim Zon Mersing menyediakan dua kapal peronda serta dua bot PERKASA bagi membawa bantuan makanan serta keperluan asas kepada 108 penduduk di Pulau Pemanggil, Pulau Aur dan Pulau Tinggi.
Iklan
Iklan
"Selain menyediakan sokongan logistik bagi menghantar bantuan sampai kepada penduduk dengan selamat pada musim tengkujuh ini, Maritim Malaysia turut menggunakan ruang yang diberikan mengadakan taklimat kesedaran keselamatan di laut kepada penghuni ketiga-tiga pulau berkenaan sebagai langkah pencegahan kemalangan dan kecemasan di laut.
"Program berkenaan turut menjadi platform penting kepada Maritim Malaysia dalam usaha mengukuhkan solidariti dan kebersamaan dengan komuniti maritim,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Iklan
Difahamkan, program kali ini turut disertai Ketua Pegawai Eksekutif YFBM, Johan Halid bersama 22 peserta melibatkan kakitangan dan sukarelawan YFBM.
Sementara itu, Suhaizan berkata, program kerjasama tersebut merupakan langkah proaktif ke arah meningkatkan kualiti hidup komuniti maritim.
Iklan
Malah, ia dilihat sejajar dengan aspirasi Maritim Malaysia dalam usaha memberikan impak positif kepada masyarakat.
"Maritim Malaysia dan YFBM berharap usaha ini akan menjadi pencetus kepada lebih banyak kerjasama strategik pada masa hadapan dalam usaha melindungi serta mensejahterakan komuniti maritim di Malaysia,” katanya.
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.