Mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 451 orang pagi ini
Iklan
Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat kepada 451 orang daripada 160 keluarga setakat 8 pagi ini. Foto Bernama
ALOR SETAR - Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat kepada 451 orang daripada 160 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 163 orang daripada 59 keluarga malam tadi.
Menurut laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mangsa dari daerah Kubang Pasu, Pokok Sena dan Padang Terap itu ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS).
Iklan
Iklan
Di Kubang Pasu, seramai 249 orang daripada 94 keluarga ditempatkan di dua PPS iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlun dan Dewan Lubuk Batu yang dibuka semalam.
Sementara itu, di Pokok Sena, seramai 153 orang daripada 48 keluarga ditempatkan di dua PPS iaitu Maahad Tarbiyah Islamiyah Derang dan Dewan Serbaguna Pokok Sena manakala di Padang Terap, seramai 49 orang daripada 18 keluarga ditempatkan di Masjid Aisyah Kampung Tanjung Kanan.
Iklan
Berdasarkan laman web Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran, setakat 8 pagi paras Sungai Perik di Kampung Perik, Padang Terap; Sungai Anak Bukit di Taman Aman, Kota Setar; Sungai Laka di Kampung Padang Pasir dan Sungai Padang Terap di Kepala Batas, Kubang Pasu telah melebihi paras bahaya. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sikap penghuni terus menjadi ‘musuh’ utama Flat Teluk Indah"><meta itemprop="description" content="Sikap penghuni terus menjadi ‘musuh’ utama Flat Teluk Indah
 Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Kebersihan #Flat #Flattelukindah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-20T09:12:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaqngae"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaqngae"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaqngae"></script>